Thursday, March 9, 2023

EPICOR MENDORONG PERTUMBUHAN AWAN YANG SIGNIFIKAN DI ASIA

 Pelaburan Utama dan Kejayaan Pelanggan Mendorong Pertumbuhan Serantau


KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Epicor, pemimpin global dalam perisian perusahaan yang khusus kepada industri bagi meningkatkan pertumbuhan perniagaan, telah membincangkan momentum yang ketara dalam penerimaan Awan oleh pelanggan di Asia pada tahun 2022 di sambutan Hari Pelanggan Asia ReConnect 2023 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Penerimaan Awan oleh pelanggan Epicor di seluruh rantau meningkat sebanyak lebih daripada 190 peratus pada tahun 2022, dengan perniagaan beralih atau memilih untuk melaksanakan Kinetic Epicor dalam Awan - platfom yang dibina khusus, fleksibel, dan boleh dikembangkan yang membantu pengeluar untuk bersaing dan mengembangkan perniagaan mereka.

 “Pelanggan Epicor di Asia memberi keutamaan kepada perkhidmatan Awan tahun lalu untuk mengambil kelebihan keselamatan, fleksibiliti, dan skalabiliti yang ditawarkan oleh perkhidmatan Awan,” kata Vincent Tang, Naib Presiden Wilayah Epicor, Asia. “Kami juga sedang berkembang di rantau ini dan membuat pelaburan di pasaran termasuk China, Indonesia, Filipina, dan Vietnam untuk membantu pelanggan kami memodenkan dan menyediakan penyelesaian masa depan mereka, sambil mendapat manfaat daripada kepakaran industri yang mendalam dan syarikat yang memahami cabaran pelanggan mereka.”

Hari pelanggan ini juga memberikan peluang untuk merayakan dan menyampaikan anugerah kepada pelanggan yang telah memanfaatkan penyelesaian Epicor untuk mengubah perniagaan mereka dan membawa hasil yang positif, inovatif, dan berkesan.

Pemenang anugerah termasuk:

Anugerah Kecekapan Penggunaan Awan: Mobility Werk Advantech dikenali kerana telah menggunakan perkhidmatan awan untuk mengautomatikkan proses dan kekal dikemas kini dengan teknologi terkini untuk memenuhi objektif kilang pintar mereka. Dengan menggunakan Kinetic Epicor dalam rangkaian awan, mereka dapat berkongsi data dengan lebih mudah dan berhubung dengan pelanggan dan pembekal mereka.

Anugerah Kecekapan Transformasi Perniagaan: Custom Molded Products mengubah operasi perniagaan mereka dengan melaksanakan Kinetic Epicor dan Epicor Advanced MES yang telah menyokong perniagaan mereka dalam memacu pelbagai kecekapan operasi. Kadar pengacuan mereka meningkat secara ketara dan pendapatan jualan eksport mereka hampir dua kali ganda.

Anugerah Kecekapan Transformasi Digital: Wise Ally Holdings mengambil kelebihan daripada Kinetic Epicor untuk menyokong keperluan pematuhan, penjejakan, dan penjejakbalikan peranti perubatan dan kesihatan. Mereka telah mempercepatkan proses sebut harga secara ketara melalui pengautomatikan dengan kurang kesilapan manual, menyokong pengurusan kos dan laporan kewangan masa nyata yang lebih tepat.

Anugerah Kecekapan Inovasi Teknologi: Cat Thai telah menggunakan teknologi Epicor selama 10 tahun dan terus menyesuaikan diri, berkembang, dan berinovasi untuk kekal bersaing di pasaran. Dengan penggunaan Kinetic Epicor, mereka telah memperkuatkan kecemerlangan operasi mereka dan mengurangkan perbezaan perancangan berbanding pengeluaran hampir ke sifar.

Andy Coussins, Naib Presiden Kanan Epicor dan Ketua Jualan Antarabangsa berkata, “Pengiktirafan pelanggan adalah sangat penting bagi Epicor, dan amat mengujakan untuk merayakan kejayaan ini Bersama meraka. Kisah pelanggan kami membuktikan bagaimana penyelesaian kami membolehkan mereka terus bersaing dan menjayakan perniagaan dalam bidang masing-masing, walaupun dalam masa yang mencabar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kami atas komitmen mereka terhadap Epicor yang berterusan dan berharap untuk terus membantu mereka mencapai kejayaan pada masa akan datang.”

Butiran Epicor

Epicor Software Corporation membekalkan syarikat yang berdedikasi dengan penyelesaian perusahaan untuk menjayakan perniagaan mereka. Selama hampir 50 tahun, pelanggan Epicor dalam industri automotif, pembekalan binaan, pengedaran, pembuatan, dan peruncitan telah mempercayai Epicor untuk membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih cekap. Set penyelesaian inovatif Epicor dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelanggan dan dibina untuk merespon dengan fleksibel terhadap realiti yang berubah dengan cepat. Dengan pengetahuan dan pengalaman industri yang mendalam, Epicor mempercepatkan cita-cita pelanggannya, sama ada untuk berkembang dan berubah, atau sekadar menjadi lebih produktif dan efektif. Layari www.epicor.com untuk maklumat lanjut.

Epicor dan logo Epicor ialah cap dagang Epicor Software Corporation, yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Cap dagang lain yang dirujuk merupakan hak milik pemilik masing-masing. Penawaran produk dan perkhidmatan yang digambarkan dalam dokumen ini dihasilkan oleh Epicor Software Corporation. Pihak Epicor tidak menjamin keputusan penggunaan, dan pengalaman setiap pengguna mungkin berbeza.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi kami
Charlotte Stretton
Ketua Perhubungan Awam, Antarabangsa
Tel: +44 (0)1344 468261
Emel: charlotte.stretton@epicor.com

Sumber: Epicor Software Corporation

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment