Thursday, March 2, 2023

FOO FIGHTERS DAN STERN PINBALL MENGUMUMKAN MESIN PINBAL ROCK AND ROLL BAHARU

Berita Utama Acara SXSW Eksklusif

CHICAGO, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Stern Pinball, Inc. mengumumkan barisan mesin pinbal baharu yang meraikan serta dicipta melalui kerjasama bersama ahli terbaharu Balai Kemasyhuran Rock and Roll tahun 2021 Foo Fighters. Mesin pinbal Foo Fighters tersedia dalam model Pro, Premium dan Edisi Terhad (Limited Edition, LE).

Keluaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat keluaran penuh di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20230228005291/en/

Foo Fighters mula mendapat perhatian antarabangsa pada tahun 1995 melalui album debut klasik mereka dengan nama yang sama. Sepanjang kerjaya mereka, kumpulan ini telah mengeluarkan 10 album studio, mencecah jualan lebih daripada 32 juta rekod di seluruh dunia, memenangi 15 Anugerah Grammy, merupakan penerima anugerah “Global Icon” pertama MTV, serta dimasukkan ke Balai Kemasyhuran Rock and Roll pada tahun 2021. Salah satu daripada kumpulan terhebat di dunia stadium, arena dan pesta serata dunia, muzik mereka akan mula dimainkan di bilik permainan dan lokasi hiburan dalam bentuk mesin pinbal tidak lama lagi.

Mesin Foo Fighters Stern membawa pengalaman konsert Foo Fighters ke rumah pemain melalui pengembaraan pinbal hebat yang menampilkan 15 lagu ikonik daripada katalog besar kumpulan ini, termasuk All My LifeBest of YouBreakoutEverlongHolding PoisonI’ll Stick AroundLearn to FlyMonkey WrenchMy HeroRunSomething from NothingThe PretenderThis is a CallTimes Like These dan Walk.

Dengan masa penciptaan yang melebihi dua tahun dan input kreatif daripada ahli kumpulan Dave Grohl, Nate Mendel, Pat Smear, Chris Shiflett, Rami Jaffee, serta mendiang Taylor Hawkins yang hebat, Foo Fighters Stern ialah mesin pinbal yang amat unggul. Seluruh alam semesta baharu telah dibangunkan dengan karya seni lukisan tangan yang menakjubkan serta animasi tersuai termasuk “Foo Fighters Saturday Morning Action Time!”—siri TV cereka yang mengisahkan misi kumpulan ini untuk menyelamatkan rock and roll… DAN DUNIA! Sertailah Foo Fighters pada misi penyelamatan ini untuk menewaskan Pemerintah makhluk asing jahat yang penuh misteri serta angkatan robotnya. Terokalah medan permainan atas Area 51 untuk memecah masuk dan memulakan keseronokan pinbal. Naikilah van dan adakan konsert menjelajah untuk menyelamatkan manusia dan menunjukkan kehebatan rock and roll!

Mesin pinbal Foo Fighters menyertakan sistem Insider Connected™ Stern yang memenangi anugerah, yang membolehkan pemain berinteraksi dengan permainan dan rangkaian global pemain dengan pelbagai cara. Melalui Insider Connected, pemain dapat menjejaki kemajuan, memperoleh pencapaian khusus permainan baharu, berinteraksi dengan komuniti pemain, serta menyertai promosi dan Pencarian Cabaran. Insider Connected juga menyediakan set alat yang mengutamakan operator untuk mendorong permainan di lokasi melalui Carta Kedudukan Lokasi, membina kesetiaan pemain, menganalisis prestasi, membuat pelarasan secara jauh dan menyelenggara mesin. Pendaftaran Insider Connected boleh didapati di insider.sternpinball.com/.

 FOO FIGHTERS DAN STERN PINBALL MENGUMUMKAN MESIN PINBAL ROCK AND ROLL BAHARU

No comments:

Post a Comment