Friday, March 3, 2023

PEMEGANG FRANCAIS TEXAS CHICKEN™ UNTUK MALAYSIA, DATO' JAYA TAN, DINAMAKAN SEBAGAI PEMEGANG FRANCAIS TERBAIK IFA

Pemegang Francais berserta industri terserlah yang lain diiktiraf atas pencapaian yang dibuat sepanjang tahun

ATLANTA, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cajun Operating Companypemberi francais Texas Chicken™, hari ini mengumumkan bahawa Dato’ Jaya Tan, iaitu pemilik pemegang francais Texas Chicken Malaysia SDN BHD, telah dinamakan sebagai salah seorang penerima anugerah “Pemegang Francais Terbaik” oleh Persatuan Francais Antarabangsa. Setiap tahun, IFA akan mengiktiraf pemegang francais cemerlang yang menjadi contoh tonggak teras IFA: komuniti, tenaga kerja, kepelbagaian dan keterangkuman serta veteran.

“Penerima Pemegang Francais Terbaik mewakili yang terbaik dalam francais,” kata Matthew Haller, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Francais Antarabangsa. “Ini merupakan penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh IFA kepada pemegang francais individu, dan pemilik perniagaan tempatan ini telah menunjukkan kuasa francais serta sumbangan positif yang tidak terhingga kepada komuniti di seluruh dunia.”

Di bawah pimpinan Dato’ Jaya JB Tan, jenama Texas Chicken™ di Malaysia terus memainkan peranan penting dalam inovasi dan pertumbuhan. Pemegang francais ini telah menawarkan latihan dan pemerkasaan yang berterusan kepada semua pekerja atas usaha untuk menyediakan laluan kerjaya dan peluang bagi ahli pasukannya. Hasilnya, platform pengurusan pembelajaran Texas Chicken™ telah diterima dan digunakan sepenuhnya untuk melatih dan membangunkan pasukan restoran yang kuat dan berkesan.

“Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan global ini dan dinamakan sebagai pemegang francais terbaik oleh IFA,” kata Dato’ Jaya Tan. “Kami tidak mungkin menerima penghormatan ini tanpa usaha kuat daripada pekerja kami yang hebat dan pelanggan setia Texas Chicken™ kami di seluruh Malaysia.”

Dato’ Jaya Tan dan pasukannya telah menghadapi cabaran industri secara berterusan dan ingin membuat perubahan yang meninggalkan kesan positif dengan menyetempatkan rantaian bekalan serta menerima tanggungjawab budaya, sosial dan komuniti. Hal ini jelas ditunjukkan dalam reka bentuk restoran dan penawaran produk mereka. Salah satu tindakan pemegang francais ini yang sangat baik pada tahun 2022 ialah pelancaran menu berasaskan tumbuhan di restoran Texas Chicken™ mereka di seluruh Malaysia untuk memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia. Menu ini, berserta platform sarapan pagi, telah dicipta oleh inovasi dan idea pemegang francais sendiri melalui jabatan penyelidikan dan pembangunan dalaman.

Selain pengiktirafan sebagai Pemegang Francais Terbaik oleh IFA, Texas Chicken Malaysia juga memperoleh Anugerah Jenama Putra Emas, iaitu “Anugerah Pilihan Rakyat” yang berprestij di negara ini pada awal tahun ini. Penghormatan ini mengiktiraf Texas Chicken™ sebagai jenama yang terkemuka di Malaysia.

“Kami amat berbangga dengan Dato’ Jaya dan Texas Chicken Malaysia kerana menjadi calon yang amat disanjungi sebagai Pemegang Francais Terbaik IFA dan memperoleh anugerah ini melalui perubahan serta pencapaian positif yang dibuat tahun lepas,” kata Joe Guith, Ketua Pegawai Eksekutif Cajun Operating Company, pemilik jenama Church’s Texas Chicken® dan Texas Chicken™. “Mereka akan terus menjadi duta untuk jenama Texas Chicken™ dan pemegang francais contoh dalam industri kami.”

PEMEGANG FRANCAIS TEXAS CHICKEN™ UNTUK MALAYSIA, DATO' JAYA TAN, DINAMAKAN SEBAGAI PEMEGANG FRANCAIS TERBAIK IFA

No comments:

Post a Comment