Wednesday, March 8, 2023

WEMADE MENGEMAS KINI MIR4 DENGAN KELAS BAHARU 'DARKIST' UNTUK MEMBENGKOKKAN SEMUA MENGIKUT KEHENDAKNYA


Table 

MIR4 mendedahkan kemas kini kelas baharu “Darkist” pada 7 Mac 2023 (Grafik: Wemade)


- Pakar dalam jampi jarak jauh dan sumpahan yang amat kuat, mengubah dirinya menjadi “Asura” terulung
- Acara sambutan termasuk ganjaran yang banyak seperti senjata dan kelengkapan Epik eksklusif daripada Darkist



SEOUL, Korea Selatan, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MMORPG MIR4 blokbuster Wemade menambah kelas baharu, “Darkist,” dengan kemas kini pada 7 Mac 2023.

Kelas “Darkist” mereput dan memusnahkan musuh dengan serangan jampi jarak jauh, bersandarkan kepakaran dalam serangan dengan menggunakan racun kuat dan sumpahan tajam.

Kelas ini boleh menyerang pelbagai musuh dengan rantai darah bertujuan memulihkan kesihatan dan mengenakan jampi terlarang untuk menggunakan kuasa yang melampaui batasan secara sementara. Dan dengan keunggulannya, dia boleh menjadi jelmaan “Asura,” penjaga neraka, untuk seketika. Kemahiran Asura akan membolehkannya meningkatkan serangan jampinya dengan banyak dan menakutkan raksasa berdekatan, mengurangkan kelajuan pergerakan masing-masing.

Untuk meraikan pelancaran kelas “Darkist”, MIR4 mengadakan “Acara Daftar Masuk 14 Hari Kegelapan” dari 7 Mac hingga 3 April 2023. Pengguna boleh menerima pelbagai item bergantung pada bilangan kehadiran dalam acara tersebut, seperti “Restu Naga Kudus (Divine Dragon's Blessing)” dan “Tiket Penciptaan Kelas (Class Creation Ticket),” yang membolehkan kelas watak ditukarkan kepada kelas lain, termasuk kelas Darkist.

Tambahan pula, setiap kali watak mencapai tahap tertentu, pelbagai item seperti empat jenis senjata dan kelengkapan Epik eksklusif daripada Darkist, “Draf Kemajuan Epik (Epic Advancement Draught),” yang meningkatkan EXP yang diperoleh sebanyak 100%, Tiket Penyeruan (Summon Tickets) dan Tiket boleh diperoleh. Acara “Restu Naga Kudus (Divine Dragon's Blessing)” juga akan diadakan, memberi peluang kepada pengguna untuk cuba menggabungkan item sekali lagi.

Dan acara “Kedai Tukaran Manik Penuai (Reaper Bead Exchange Shop)” akan diadakan hingga 20 Mac 2023. Pengguna boleh membawa item "Manik Penuai (Reaper Bead)" yang diperoleh daripada raksasa memburu kepada Penuai 'Kegelapan’ NPC (Reaper 'Darkness' NPC) yang terletak di bandar utama setiap rantau untuk menukar dengan kotak hadiah yang mengandungi pelbagai Tiket Penyeruan dan item seperti “Bendalir Mineral Azureum Epik (Epic Azureum Mineral Fluid),” “Draf Kemakmuran Epik (Epic Prosperity Draught)” dan banyak lagi, dengan jumlah item "Manik" yang berbeza.

Daripada Perjuanganku, Kepada Peperangan Kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: 
https://www.businesswire.com/news/home/53356501/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com
 
Sumber: Wemade Co., Ltd.

No comments:

Post a Comment