Wednesday, March 1, 2023

INTELSAT MEMPERLUAS JANGKAUAN GLOBAL UNTUK DEUTSCHE TELEKOM IOT

Intelsat memperluas jangkauan global untuk Deutsche Telekom IoT ke dalam Internet Benda (IoT) berasaskan awan yang menawarkan untuk mengembangkan penyelesaian IoT berkuasa dan mudah digunakan ke lokasi tanpa mengambil kira ketersediaan pilihan ketersambungan gentian atau selular. Penghargaan: Getty Images.

 Perkhidmatan satelit global melengkapkan ketersambungan selular bagi membolehkan penyelesaian untuk lebih banyak lokasi


MCLEAN, Va., 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Intelsat, pengendali satu daripada satelit berintegrasi dan rangkaian daratan terbesar di dunia, serta penyedia utama ketersambungan dalam penerbangan, pada hari ini mengumumkan bahawa Deutsche Telekom IoT (DT IoT) berhasrat mengintegrasikan Intelsat FlexEnterprise ke dalam Internet Benda (IoT) berasaskan awan yang menawarkan untuk memperluas penyelesaian IoT berkuasa dan mudah digunakan ke lokasi tanpa mengambil kira ketersediaan pilihan ketersambungan gentian atau selular.

Perkhidmatan IoT semakin digunakan merentasi sebilangan besar perniagaan - mengumpul data daripada ribuan peranti untuk menganalisis data tersebut dengan cara yang membantu organisasi meningkatkan kecekapan sistem, mengurangkan pembaziran, memantau persekitaran yang lemah dan memberikan cerapan baharu berkenaan proses dan operasi. DT boleh memperluas jangkauan dan keberkesanan penyelesaian serta memacu hasil yang lebih baik untuk pelanggan dengan menggunakan FlexEnterprise bagi melengkapkan ketersambungan selular.

“Ketersambungan satelit membolehkan IoT menyambungkan objek fizikal dan peranti dari mana-mana sahaja di dunia ke dunia maya untuk meningkatkan pengumpulan data masa nyata, analisis dan membuat keputusan,” kata Brian Jakins, pengurus besar Intelsat Networks. “DT berjaya memperluas kebergunaan penawaran IoT, terutamanya untuk penggunaan yang diagihkan secara meluas seperti infrastruktur tenaga boleh baharu dan pemantauan alam sekitar IoT hijau dengan FlexEnterprise.”

“Dengan mengintegrasikan ketersambungan satelit ke dalam penawaran DT IoT, kami menyambungkan segalanya di mana-mana sahaja dan membentuk semula masa depan perangkaian IoT global,” kata Dennis Nikles, Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Telekom IoT GmbH. “Kini, pelanggan kami mempunyai satu titik hubungan, serta 'rangkaian daripada rangkaian' dengan ketersambungan mudah dan di merata-rata yang membolehkan kemungkinan baharu sepenuhnya.”

FlexEnterprise ialah perkhidmatan ketersambungan gred perusahaan sedia untuk digunakan yang mengintegrasikan satelit dan rangkaian daratan untuk memperluas rangkaian internet, awan dan persendirian. Infrastruktur FlexEnterprise global diuruskan oleh Intelsat, menghapuskan keperluan untuk pelanggan menyelenggara infrastruktur satelit dan menyediakan kepakaran mereka sendiri. Intelsat akan menyampaikan FlexEnterprise kepada DT sebagai penawaran satelit-sebagai-perkhidmatan, seterusnya mengurangkan masa dan kos mengendalikan perkhidmatan baharu.

Platform satelit Intelsat FlexEnterprise membolehkan pengendali rangkaian mudah alih menawarkan perkhidmatan serupa dengan rangkaian daratan tanpa mengambil kira lokasi geografi. Sebagai contoh, pelanggan IoT industri boleh menyambungkan peranti di tempat yang sukar dijangkaui, seperti untuk mengawal turbin angin puncak gunung atau luar pesisir atau menilai risiko banjir dengan memantau paras air di lokasi terpencil.

Maklumat Tentang Intelsat

Pasukan profesional global Intelsat memberikan tumpuan kepada menyediakan komunikasi berasaskan satelit yang lancar dan selamat kepada kerajaan, NGO dan pelanggan komersial melalui rangkaian dan perkhidmatan terurus global generasi akan datang syarikat. Merapatkan jurang digital dengan mengendalikan satu daripada kumpulan satelit dan infrastruktur ketersambungan terbesar, serta paling canggih di dunia, Intelsat membolehkan orang ramai dan alatan mereka bercakap di lautan, melihat merentasi benua dan mendengar melalui langit untuk berkomunikasi, bekerjasama dan wujud bersama. Sejak diasaskan enam dekad yang lalu, syarikat tersebut telah menjadi sinonim dengan “antara yang pertama” dalam industri satelit yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan planet ini. Melalui sandaran pada legasi inovasi dan tumpuan kepada menangani cabaran generasi baharu, kini ahli pasukan Intelsat menetapkan sasaran mereka kepada “antara yang pertama seterusnya” di angkasa lepas kerana mereka mengganggu bidang itu dan menerajui dalam transformasi digital industri.

Ikuti Kami di Media Sosial

Twitter | LinkedIn | Facebook | Instagram | YouTube

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53350603/en

Individu untuk Dihubungi
Farah Latif – farah.latif@intelsat.com; +1 703-973-1679
 
Sumber: Intelsat

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment