Saturday, March 4, 2023

UJIAN SISTEM LED YANG MEMBERI AMARAN KEPADA PEMANDU TENTANG AIS HITAM SEDANG DIJALANKAN DI SUSONO, JEPUN

TOKYO, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bandar Susono, Stanley Electric Co., Ltd., Kaga FEI Co., Ltd., NTT Communications Corporation dan Dassault Systèmes K.K.. mengumumkan bersama pada hari ini bahawa sistem untuk memberi amaran kepada pemandu tentang ais ("hitam") lutsinar menggunakan lampu jalan pintar yang dibangunkan oleh empat syarikat berkenaan sedang diuji di jalan raya awam di Susono, Jepun dari 10 Februari hingga 31 Mac. Ujian tersebut akan mengesahkan keberkesanan sistem dalam menghalang kereta daripada terbabas dan pejalan kaki daripada tergelincir di kawasan awam Susono.

Untuk ujian itu, lampu jalan pintar yang memancarkan amaran bercahaya ("Awas Ais") di permukaan jalan raya dipasang di tiang lampu di hadapan Jambatan Yanagibata di Ishiwaki, Bandar Susono. Semasa ujian, data dari kamera AI pinggir dan penderia yang dipasang di lampu jalan pintar dikumpulkan dan dihantar melalui komunikasi mudah alih ke pusat untuk dianalisis, termasuk dengan membandingkan bilangan kemalangan berkaitan ais di tapak lokasi sebelum dan selepas ujian. Selain itu, penduduk akan ditinjau untuk melihat sekiranya kesedaran mereka tentang bahaya berkaitan ais berubah disebabkan oleh operasi sistem tersebut.

Peranan setiap syarikat adalah seperti berikut:

Stanley Electric:
• Membangunkan, membuat dan membekalkan lampu jalan LED dan kelengkapan pancaran pencahayaan  
 
Kaga FEI:
• Menyediakan kamera AI pinggir dan penderia
• Membangunkan sistem AI terbenam
 
NTT Communications:
• Melaksanakan komunikasi mudah alih (IoT Connect Mobile® TypeS1)
• Menyediakan platform untuk membayangkan dan menyimpan data yang dikumpulkan (Things Cloud®2)
 
Dassault Systèmes:
• Menyediakan platform berkembar3 maya (platform 3DEXPERIENCE©)
• Membina pembayangan data dan analisis senario berkembar maya berdasarkan data sistem dan rupa bumi
 
Sebaik sahaja sistem yang ditunjukkan terbukti boleh dipercayai dan berkesan sepenuhnya, penggunaan secara meluas di majlis perbandaran lain akan dipromosikan bersama dengan penggunaan lampu jalan pintar di negara-negara baharu muncul yang pencahayaan jalan raya jarang dilaksanakan. Di samping itu, dengan menggabungkan data daripada sistem dengan data cuaca dan sebagainya, ia mungkin boleh menyediakan maklumat pemanduan berkaitan cuaca yang dipertingkat, seperti ramalan kesesakan lalu lintas di kawasan yang salji dijangkakan turun, memastikan pemandu menerima maklumat yang lebih baik sambil turut menyokong usaha pengurus jalan raya dan lalu lintas.

Studio reka bentuk KOEL4 NTT Com akan menyertai projek bagi membantu peluang penyelidikan untuk penggunaan komersial. Sistem ini dijangkakan boleh digunakan di kawasan perniagaan seperti pusat membeli-belah dan kemudahan komersial lain, serta Park-PFI, inisiatif yang diminta oleh awam, dibiayai secara persendirian untuk penyelenggaraan dan pengurusan taman bandar di Jepun.

Susono, yang telah menerima pakai slogan "Dewan bandar raya paling berorientasikan warganegara di Jepun," sedang giat memodenkan kawasan bandar melalui pengenalan ruang pejalan kaki dengan reka bentuk universal, teknologi dan analisis data yang canggih, bertujuan untuk merealisasikan kematian sifar dan kurang daripada 200 kecederaan akibat kemalangan setahun menjelang 2025.

1 IoT Connect Mobile® TypeS ialah perkhidmatan komunikasi data mudah alih berasaskan eSIM.
2 Things Cloud® ialah platform IoT yang membuat pakej pengumpulan data, pembayangan, analisis dan fungsi pengurusan melalui penderia dan peranti disambungkan yang disesuaikan dengan persekitaran perniagaan tertentu.
3 Kembar maya, lebih daripada salinan digital dunia sebenar, ialah perwakilan dunia sebenar berdasarkan model matematik dan prinsip saintifik.
4 Studio reka bentuk KOEL telah ditubuhkan pada bulan April 2020 di dalam Pusat Inovasi NTT Com, yang didedikasikan untuk penciptaan perniagaan baharu.

Maklumat Tentang Stanley Electric

Stanley Electric Co., Ltd. diasaskan pada tahun 1920 untuk membuat dan menjual mentol lampu automotif dan mentol lampu istimewa yang lain. Pada hari ini, syarikat itu amat dihargai di seluruh dunia untuk produk yang dibekalkan kepada pembuat kereta utama. Bermula dengan LED kecerahan tinggi komersial yang pertama di dunia pada tahun 1976, syarikat itu telah membangunkan banyak komponen dan elektronik lain yang menyumbangkan kepada keselamatan dan penjimatan tenaga, termasuk lampu jalan pintar. Sila kunjungi https://www.stanley.co.jp/

Maklumat Tentang Kaga FEI

Kaga FEI Co., Ltd. ialah syarikat perdagangan elektronik yang menjual peranti dan produk elektronik pengguna dan industri untuk kereta, kelengkapan AV, kelengkapan komunikasi dan kelengkapan pemprosesan maklumat. Syarikat tersebut bersama rakan kongsi global juga menyediakan sokongan teknikal dan perkhidmatan penyelesaian yang menggabungkan produk dan teknologi komersial, termasuk perkhidmatan pembuatan elektronik, dalam pasaran seluruh dunia. Sila kunjungi https://www.kagafei.com/jp/

Maklumat Tentang NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi global dengan membantu perusahaan menggunakan penyelesaian infrastruktur IT terurus bagi mengatasi kerumitan dan risiko dalam persekitaran IT. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian yang terkemuka dalam industri, tahap 1 global yang menjangkau lebih daripada 190 negara/rantau dan lebih daripada 500,000m2 kemudahan pusat data paling maju di dunia. Sebagai penyedia teras perkhidmatan dan penyelesaian perniagaan perusahaan kumpulan DOCOMO, kami mencipta nilai dengan menyediakan sokongan berskala global untuk penstrukturan semula dalam industri dan masyarakat, gaya kerja baharu dan transformasi digital dalam komuniti. Bersama dengan NTT Ltd., NTT Data dan NTT DOCOMO, kami ialah NTT Group.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com

Maklumat Tentang Dassault Systèmes

Dassault Systèmes, Syarikat 3DEXPERIENCE, ialah pemangkin kepada kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya kerjasama kepada perniagaan dan orang ramai untuk membayangkan inovasi mampan. Pelanggan kami berjaya menganjak sempadan inovasi, pembelajaran dan pengeluaran melalui penciptaan 'pengalaman maya berkembar’ dunia nyata bersama platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami.
20,000 pekerja Dassault Systèmes membawa nilai berguna kepada lebih daripada 300,000 pelanggan pelbagai saiz, dalam semua industri, di lebih daripada 140 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.3ds.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16876

No comments:

Post a Comment