Tuesday, March 7, 2023

EIG MENYEMPURNAKAN PENGAMBILALIHAN KEPENTINGAN SEBANYAK 25% DARIPADA KESELURUHAN PERNIAGAAN HULUAN GLOBAL REPSOL

Breakwater Energy EIG mengambil alih kepentingan sebanyak $4.8 bilion

WASHINGTON, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan pengambilalihan kepentingan sebanyak 25% dalam Repsol Upstream, syarikat penerokaan & pengeluaran wajaran gas yang baharu ditubuhkan, terdiri daripada keseluruhan perniagaan minyak dan gas huluan global Repsol.

Breakwater Energy, anak syarikat milik EIG sepenuhnya, mengambil alih kepentingan sebanyak 25% dalam Repsol Upstream untuk jumlah nilai jualan kira-kira $4.8 bilion, termasuk hutang, dengan Repsol memegang baki kepentingan sebanyak 75%.

Repsol Upstream memiliki dan mengendalikan portfolio aset huluan terpelbagai secara global, yang terdiri lebih daripada 600,000 tong minyak bersamaan sehari (boe/d) pengeluaran dan operasi di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat. Portfolio tersebut menjana aliran tunai bebas yang ketara dan seharusnya menyokong dividen bermakna, sambil mengekalkan keamatan karbon yang agak rendah berbanding rakan industri. Repsol dan EIG meramalkan potensi untuk menyenaraikan perniagaan itu di Amerika Syarikat mulai tahun 2026 dan seterusnya, tertakluk kepada keadaan pasaran yang menggalakkan.

“Repsol ialah peneraju dalam peralihan tenaga dan kami berbesar hati dapat menyempurnakan transaksi ini bersama syarikat global yang berkongsi komitmen kami dalam usaha mengurangkan pelepasan sambil memenuhi permintaan tenaga dunia,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Transaksi itu menetapkan Repsol Upstream di laluan ke arah masa depan penyahkarbonan yang dipercepat, penjanaan aliran tunai yang kukuh dan kecairan pasaran yang berpotensi.’’

Seperti yang diumumkan sebelum ini, EIG akan mempunyai hak menamakan dua ahli untuk menyertai lapan ahli Lembaga Pengarah Repsol Upstream. Empat ahli akan dinamakan oleh Repsol dan dua ahli lagi ialah ahli bebas. EIG juga akan melantik dua eksekutif kanan untuk menyertai pasukan kepimpinan Repsol Upstream, seorang akan berkhidmat sebagai Pengarah ESG dan seorang lagi akan mengetuai projek khas, termasuk persediaan IPO.

Goldman Sachs & Co LLC dan J.P. Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan transaksi itu. Goldman Sachs & Co LLC, J.P. Morgan dan Lazard bertindak sebagai penasihat pasaran modal berhubung dengan pembiayaan transaksi tersebut. Latham & Watkins dan Debevoise & Plimpton berkhidmat sebagai penasihat undang-undang EIG.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.7 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2022. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 40 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $44.6 bilion kepada sektor tenaga melalui 396 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat Tentang Repsol

Repsol ialah syarikat berbilang tenaga global yang menerajui peralihan tenaga. Syarikat tersebut telah menetapkan matlamat untuk menjadi syarikat pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Syarikat itu juga wujud di sepanjang rantaian nilai tenaga, ia mempunyai tenaga kerja seramai 24,000 orang dan mengedarkan produk keluaran di lebih daripada 90 negara kepada 24 juta pelanggan.

Repsol boleh memenuhi apa-apa keperluan tenaga dan mobiliti pengguna, dengan penawaran yang mengutamakan pelanggan. Syarikat itu berada di barisan hadapan dalam membangunkan penyelesaian yang mampan untuk mobiliti, dengan bahan api yang semakin cekap, pengecasan semula elektrik, bahan api boleh baharu (biobahan api dan bahan api sintetik termaju), AutoGas dan gas asli untuk kenderaan.

Dalam usaha mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, Repsol komited kepada model yang mengintegrasikan semua teknologi penyahkarbonan, berdasarkan penambahbaikan kecekapan, peningkatan kapasiti penjanaan kuasa elektrik boleh baharu, pengeluaran bahan api boleh baharu, pembangunan penyelesaian baharu untuk pelanggan, ekonomi kitaran dan promosi projek termaju untuk mengurangkan jejak karbon industri.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi www.repsol.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16879

No comments:

Post a Comment