Saturday, March 4, 2023

GRAND SEIKO MEMBUKA BUTIK PERTAMA MEREKA DI SINGAPURA DI MARINA BAY SANDS

 TOKYO, 2 Mac., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat dan sebagai sebahagian daripada pengembangan mereka yang berterusan di rantau Asia Pasifik, Seiko Watch Corporation dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa butik pertama bagi jenama Grand Seiko mereka di Singapura telah dibuka di Shoppes di Marina Bay Sands pada 22 Februari dan diurus oleh anak syarikat mereka, Grand Seiko Asia Pasifik.
 
Butik Grand Seiko Singapura Marina Bay Sands: 
Dengan kehadiran T.Y.T. Hiroshi Ishikawa, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Singapura, Grand Seiko secara rasmi membuka pintu butik seluas 134 meter persegi itu dalam satu majlis besar-besaran. Sebagai tambahan kepada pemotongan reben tradisional, majlis itu diserikan dengan satu persembahan oleh sebuah kumpulan gendang "taiko" Jepun, "Kodo," yang namanya secara fonetik dikongsi dengan Grand Seiko Kodo Constant-force Tourbillon yang memenangi anugerah.
 
Bahagian dalaman butik: 
Acara pembukaan: 
"Singapura adalah tempat kepada beberapa daripada penggemar jam tangan mewah yang paling berpengetahuan dan penuh bersemangat di dunia, dan kami gembira kerana kami kini boleh menyediakan kepada mereka dengan akses langsung kepada dunia Grand Seiko," kata Akio Naito, Presiden bagi Seiko Watch Corporation. “Kami sangat bertuah kerana dapat memperoleh sebuah lokasi utama untuk kedai itu, dan kami berharap dapat mengalu-alukan pelanggan kami di Marina Bay Sands."
 
Maklumat mengenai Grand Seiko
Grand Seiko telah diwujudkan pada tahun 1960 dengan satu matlamat untuk mencipta jam tangan terbaik yang mampu dihasilkan oleh syarikat itu. Setiap jam tangan adalah buatan tangan di Jepun oleh lelaki dan wanita yang mahir yang memastikan ketepatan, mudah baca dan ketahanan yang tinggi yang sinonim dengan Grand Seiko. Grand Seiko berakar umbi dengan mendalam di dalam warisan Jepun, dan falsafah jenama mereka, "The Nature of Time," meraikan kerohanian masa Jepun yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan dihidupkan oleh "takumi" (ahli pertukangan yang mahir). Pergerakan mekanikal, kuarza dan Spring Drive memberi kuasa kepada jam tangan itu di dalam koleksi Grand Seiko, yang merangkumi reka bentuk Heritage, Sport dan Elegance serta siri Evolution 9 yang baharu dan sangat berharga.
 
Maklumat mengenai Grand Seiko Asia Pasifik
Grand Seiko Asia Pasifik, yang ditubuhkan pada Oktober 2022, ialah syarikat ketiga yang dikhususkan secara eksklusif untuk pemasaran dan penjualan bagi Grand Seiko, berikutan penubuhan Grand Seiko Corporation Amerika dan Grand Seiko Europe S.A.S. Dengan beribu pejabat di Singapura, entiti baharu itu memainkan peranan penting di dalam memperluaskan kehadiran Grand Seiko di rantau Asia Pasifik.
 
Butik Grand Seiko Singapura Marina Bay Sands
2 Bayfront Ave, B2M - 235, The Shoppes di Marina Bay Sands, Singapura 018972
Dibuka setiap hari 11 PAGI - 11 MALAM 
Sumber: Seiko Watch Corporation
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment