Saturday, January 21, 2017

Exim Bank Peruntuk RM1 Juta Bagi Program CSR

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) memperuntukkan RM1 juta setahun bagi program tanggungjawab sosial (CSR).
Pengerusinya Datuk Mat Noor Nawi berkata bank merancang program CSR di seluruh negara tahun ini.

 Program berkenaan akan berdasarkan kepada permohonan dan maklum balas daripada kakitangan Exim Bank, kata beliau selepas majlis penyerahan cek bernilai RM10,000 kepada rumah anak yatim, Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim di sini hari ini.

Selain daripada cek, Exim Bank turut menyumbang barang keperluan.

Rumah berkenaan menempatkan 171 anak yatim termasuk pelarian Rohingya.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment