Tuesday, January 24, 2017

"RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW": PAMERAN TERBESAR JEPUN YANG KHUSUS DALAM SISTEM MAKLUMAT PERUNCITAN DAN PENYELESAIAN KESELAMATAN BAKAL DIADAKAN

TOKYO, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nikkei Inc. akan mengadakan dua pameran popular serentak. Yang pertama, "RETAILTECH JAPAN", akan mempamerkan yang terkini di dalam peralatan IT dan sistem yang direka untuk memacukan ke hadapan aktiviti rantaian pemasaran dan bekalan di dalam industri peruncitan dan pengedaran. Diadakan pada masa yang sama, "SECURITY SHOW" akan menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada keselamatan awam seperti kamera keselamatan dan sistem kawalan akses.

"RETAILTECH JAPAN" adalah merupakan pameran terbesar Jepun yang dikhususkan kepada memperkenalkan sistem maklumat yang direka untuk industri peruncitan dan pengedaran. Pameran ini akan memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat yang terkini yang memenuhi pelbagai format perniagaan peruncitan dan pengedaran. Antara produk dan perkhidmatan yang ada adalah POS (titik jualan) dan sistem pembayaran yang lain, sistem ibu pejabat, logistik, promosi jualan mudah alih, semua saluran peruncitan, data yang besar, IoT, kecerdasan buatan, perkhidmatan awan, robot industri pengedaran, sistem beli-belah dalam talian, dan banyak lagi. Terdapat juga satu zon khas yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada memperkenalkan penunjuk digital dan sistem POP.


No comments:

Post a Comment