Friday, January 13, 2017

SAMBUTAN SEMPENA 25 TAHUN PENUBUHAN IKIM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 pada 18 Februari 2017 bersamaan 21 Jamadilawal 1438H. IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bersamaan 14 Sya’ban 1412H di bawah Akta Syarikat 1965. Tujuan utama IKIM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam.
 
Di antara objektif utama penubuhan IKIM adalah memberi kefahaman Islam untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan sudut pandangan kerohanian, di samping menyediakan satu forum bagi sarjana Islam dan bukan Islam untuk berbincang dan menganalisis pelbagai isu untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam mengenai isu-isu semasa serta menjadi sumber maklumat kepada umat Islam dan bukan Islam di peringkat lokal dan global. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9668

No comments:

Post a Comment