Friday, January 6, 2017

​NAVIGATORS MELANTIK PASUKAN KEPIMPINAN ASIA

Fokus Utama pada Hong Kong dan Asia Utara.

LONDON, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Navigators Group, Inc. (NASDAQ:NAVG), iaitu sebuah syarikat insurans dan insurans semula khusus global, telah mengumumkan pelantikan pasukan kepimpinan di Asia pada hari ini. Jon Doherty telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Asia; Sang Kyoun (S.K.) Kim sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan dan Paul D’Souza sebagai Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan bagi rantau itu.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d55d4ebc-4950-423d-a220-461a06ffcf69

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c24cab64-950e-4ce5-a27f-b8ea744e526f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/87f92591-425a-4ce3-9f76-4d356c29f1fc

Pasukan ini akan bertapak di Hong Kong dan sedang menunggu penyempurnaan sebarang permohonan yang diperlukan. Ahli-ahli baharu ini membentuk penyertaan sedia ada Navigators dalam Lloyd’s China, di mana syarikat telah beroperasi sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Junci Wu. Fokus utama mereka adalah pada produk marin, nahas dan produk khusus lain Navigators melalui agen dan broker serta rakan kongsi strategi merentasi Asia Utara.  

No comments:

Post a Comment