Friday, January 6, 2017

TCL LANCAR PRODUK PERDANA BAHARU TV QUHD PADA CES 2017 – SIRI X (X2 DAN X3) MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNOLOGI PAPARAN QUANTUM DOT, DOLBY VISION DAN REKA BENTUK TANPA SISI "SANGAT NIPIS"

Kualiti Gambar dan Sistem Audio yang Menakjubkan untuk Menyampaikan Pengalaman Imersif Paling Tinggi

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, The Creative Life, telah mengadakan satu sidang akhbar global bertemakan "Ini adalah TV PINTAR" dengan penekanan kepada mendefinisikan semula apa itu TV pintar pada 4 Januari 2017 semasa CES 2017 untuk melancarkan produk perdana mereka dengan teknologi pintar, reka bentuk pintar dan kualiti gambar premium di dalam siri X mereka -- X2 dengan sebuah panel rata & X3 dengan sebuah panel melengkung, kedua-duanya memaparkan teknologi paparan Quantum Dot (QD), teknologi julat dinamik tinggi (HDR) Dolby Vision, MEMC, sistem bunyi Harman Kardon dan sebuah reka bentuk ultra nipis dan tanpa sisi.

X2 dan X3 memiliki kualiti gambar yang menakjubkan dengan adanya teknologi paparan QD yang berevolusi, Dolby Vision dan teknologi MEMC. Paparan QD itu menggunakan satu kompaun bukan organik sebagai bahan pemancar cahaya yang bukan sahaja stabil dan bebas daripada masalah seperti kas warna dan ketidakseimbangan kualiti gambar, tetapi yang paling penting ia boleh mengatasi OLED untuk menyampaikan satu gamut warna yang luas yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu 110% NTSC. Dengan memanfaatkan inovasi HDR yang memberi kuasa kepada pawagam Dolby yang paling maju di seluruh dunia, Dolby Vision mengubah pengalaman TV di rumah dengan memberikan kecerahan dan kontras yang lebih besar, serta palet pelbagai warna yang lengkap. Dolby Vision adalah aliran kerja HDR pilihan bagi studio-studio utama dan golongan profesional kreatif yang semakin meningkat, agar pengguna akan mempunyai akses kepada lebih daripada apa yang mereka mahu tonton di HDR, yang termasuk sebuah portfolio filem dan kandungan episod yang teguh. Selain itu, MEMC terbina dalam, yang menggunakan sistem imejan dinamik, akan membayar pampasan bagi gerakan paparan yang kabur dan mengurangkan jejak pergerakan kepada tahap minimum.

No comments:

Post a Comment