Wednesday, January 18, 2017

PROGRAM MFPC BERI PELUANG GRADUAN PELAJARI PROSES PERANCANGAN KEWANGAN


KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Program Latihan Amali Perancangan Kewangan Majlis 
Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) akan menyediakan peluang kepada para graduan untuk 
mempelajari proses perancangan kewangan, pentadbiran pejabat dan berinteraksi dengan pelanggan 
dalam pasaran modal.
 
MFPC dalam satu kenyataan hari ini, berkata, ia adalah program untuk para graduan daripada pelbagai institusi dan universiti tempatan.

Naib Presiden bagi Hubungan Luar dan Publisiti, Phang Kar Yew, berkata
program ini memberi penekanan aspek praktikal dan pendidikan sistem kewangan.

"Ia membolehkan pelatih mengalami sendiri apa yang mereka pelajari di
universiti di samping menimba ilmu pengetahuan dalam proses kewangan. 

"Ini adalah peluang baik bagi mereka untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan mereka dalam kewangan," katanya.

Pemohon yang berminat mestilah menjadi ahli berdaftar MFPC dan mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment