PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kada dan
Agrobank hari ini meraikan kerjasama strategik dengan penyempurnaan projek
pengurusan wang tunai. Majlis ini telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Wisma Tani Putrajaya.
Untuk meraikan kerjasama ini, satu upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank. Turut menyaksikan ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan turut disertai Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/CEO Agrobank dan Encik Mohd Ridzuan Ismail Pengurus Besar KADA.

No comments:
Post a Comment