Wednesday, January 25, 2017

GABUNGAN ANTARABANGSA MEMFAILKAN TUNTUTAN MAHKAMAH DI MAHKAMAH DAERAH ROTTERDAM, BELANDA, BAGI KERUGIAN YANG DISEBABKAN OLEH DAKWAAN RASUAH DAN PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH PETROLEO BRASILIERO, SEKUTU TERTENTU DAN EKSEKUTIF MEREKA

ROTTERDAM, Belanda, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu gabungan antarabangsa hari ini mengumumkan bahawa satu tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Belanda semalam bagi pihak pelabur institusi yang mengalami kerugian berbilion dolar di dalam pelaburan mereka dalam Petroleo Brasiliero SA ("Petrobras"). Dengan memohon untuk mendapatkan relief perisytiharan akibat daripada dakwaan rasuah oleh syarikat itu dan eksekutif mereka, gabungan itu yang mewakili pelabur yang membeli sekuriti Petrobras di bursa BM&FBOVESPA di Brazil dan sekuriti lain yang dibeli melalui urus niaga di luar, dan tidak dilindungi oleh, tindakan undang-undang di Amerika Syarikat. Kumpulan pelabur yang terjejas itu percaya bahawa Belanda adalah bidang kuasa yang optimum untuk meneruskan tindakan undang-undang itu, kerana di sinilah di mana Petrobras Global Finance B.V. dan beberapa entiti dan bahagian Petrobras yang lain bermastautin. Selain itu, sistem undang-undang Belanda mempunyai duluan penyelesaian global yang sudah diwujudkan bagi pelabur antarabangsa yang menuntut pampasan yang sejajar dengan kerugian yang disebabkan oleh penipuan dan pelanggaran undang-undang sekuriti antarabangsa.



No comments:

Post a Comment