Saturday, July 28, 2018

Jepun perkenal program utamakan persekitaran sukan bersih sempena Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Agensi Anti-Doping Jepun (JADA) merancang pelbagai program dan aktiviti untuk mewujudkan persekitaran sukan yang bersih serta integriti sukan dan masyarakat memandangkan Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Antara program berkenaan, JADA mengeluarkan wawancara dengan atlet bertaraf dunia yang menerangkan erti sebenar dalam sukan dan diri mereka, di bawah projek 'Larian Obor PLAY TRUE' di bawah projek "PLAY TRUE" 2020, Sukan Untuk Hari Esok (SFT)' , baru-baru ini.

Projek itu melibatkan atlet dari pelbagai negara, sukan dan generasi berbeza yang menyampaikan mesej mereka mengenai ‘kebenaran´ dalam sukan dan diri sendiri, menurut JADA dalam satu kenyataan.

Agensi itu menampilkan mesej daripada atlet Jepun, Akito Watabe (juara kombinasi Nordic, pemenang pingat Olimpik dan juara dunia 2017) dan Minato Oike (juara BMX Freestyle Park, juara UCI BMX Freestyle World 2018).

"Kecemerlangan yang paling hebat ialah seperti air dan mengubah cara dengan lancar dan fleksibel, mengikut apa jua keadaan tanpa rintangan," kata Akito Watabe dalam mesejnya tentang kebenaran dalam dirinya.

Sementara itu, Minato Oike pula berkata:"Memperluaskan segala kemungkinan yang boleh ditemukan melangkaui sekadar keseronokan.

"Saya akan menjadi seseorang yang dikagumi oleh orang lain, bukan hanya untuk menunggang BMX saya secara bebas tetapi juga kerana gaya hidup saya dan sebagai seorang manusia".

Siri wawancara itu bertujuan untuk menggalakkan ramai orang mencari nilai-nilai intrinsik sukan dan untuk menyedari betapa kebenaran yang ditemui oleh atlet berkaitan dengan nilai-nilai mereka.

Menurut kenyataan itu, setakat ini, 16 atlet dengan pelbagai latar belakang telah menyampaikan mesej mereka melalui 'Larian Obor PLAY TRUE' tersebut.

Wawancara itu diikuti dengan halaman cabaran kuiz mengenai projek itu . Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di https://playtrue2020-sp4t.jp.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment