Thursday, July 26, 2018

TOSHIBA LANCAR ALAT PENYESUAI UNTUK MODUL OPTIK SEARAH BAGI PENGHANTARAN DATA JARAK DEKAT

TOKYO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan "TOCA1300," sebuah alat penyesuai untuk modul optik searah[1]. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180726005296/en/

Produk baharu itu adalah sebuah alat penyesuai untuk modul optik searah yang menyambungkan sebuah modul penghantaran optik gentian dan sebuah modul penerimaan optik gentian bagi menghantar data untuk jarak dekat. TOCA1300 boleh menjadi pengganti bagi optik gentian di mana terdapat permintaan untuk jarak penebat yang lebih panjang berbanding dengan sebuah pengganding foto dan untuk jarak penghantaran yang lebih dekat berbanding dengan kabel optik gentian. Alat penyesuai itu membolehkan penghantaran optik apabila digabungkan dengan pengganding gentian[2] Toshiba.

Nota:
[1] TOCA1300 tidak diperakui untuk memenuhi sebarang standard keselamatan. Pelanggan mungkin perlu menjalankan penilaian dan memohon untuk mendapatkan pensijilan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
[2] Apabila digabungkan dengan modul penghantaran optik gentian TOTX1350(F) dan sama ada modul penerimaan optik gentian TORX1350A(F) atau TORX1355(F).

Penggunaan

Peralatan perindustrian (sistem penyimpanan kuasa, penyongsang bervoltan tinggi, dll.)

Ciri-ciri
  • Menggunakan jarak rayapan yang lebih panjang daripada sebuah pengganding foto.
  • Digunakan untuk jarak penghantaran yang lebih pendek berbanding dengan optik gentian.
  • Boleh digunakan dengan modul penghantaran optik gentian TOTX1350(F) dan sama ada modul penerimaan optik gentian TORX1350A(F) atau TORX1355(F).

Table


Nota:
[3] Apabila menggunakan TOTX1350(F), nilai awal.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180726005296/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment