Tuesday, July 24, 2018

OAG BERPADU TENAGA DENGAN PLUG AND PLAY UNTUK MEMBANTU SYARIKAT PERMULAAN PELANCONGAN BERKEMBANG, MEMBUAT PEMBAHARUAN DAN BERINOVATIF

SINGAPURA, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal terkemuka bagi maklumat penerbangan digital, telah menjalin kerjasama dengan Plug and Play, pusat pemecut dan inovasi permulaan yang terbesar di dunia. Perkongsian baharu itu membolehkan OAG untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat pemula yang berinovatif dan pemimpin teknologi untuk mewujudkan penyelesaian yang lebih pintar dan lebih berinovatif bagi ekosistem perjalanan.

Platform Inovatif Perjalanan dan Hospitaliti Plug and Play memberikan tumpuan kepada penemuan, sokongan dan penskalaan teknologi berinovatif yang menentukan masa depan perjalanan. Bagi OAG, perkongsian baharu itu mengikuti satu tempoh pertumbuhan pesat di dalam pasaran teknologi perjalanan. Banyak syarikat teknologi terkemuka dan pemula telah menggerakkan aplikasi dan produk kritikal mereka dengan API OAG yang mudah untuk digunakan dan data perjalanan udara yang terkemuka di dalam pasaran.

"Syarikat permulaan adalah merupakan nadi bagi industri pelancongan. Syarikat-syarikat ini mewujud, mereka bentuk, membuat inovasi dan mengembangkan sempadan bagi segala kemungkinan," kata Vipul Nakum, Ketua Pegawai Produk OAG. "Di OAG, kerjasama pelanggan menjadi keutamaan. Kami komited untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan produk dengan menawarkan akses yang pantas dan mudah kepada penyelesaian data dan API kami.

Pangkalan data bagi jadual dan status penerbangan OAG telah menjadi pilihan nombor satu bagi pemaju dan inovator teknologi di seluruh dunia. Hari ini, rangkaian pelanggan OAG termasuk tiga daripada empat ejen pelancongan dalam talian (OTA) yang terbesar di dunia, enjin tempahan yang terbesar di Eropah dan pemimpin pelancongan, teknologi dan e-Dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Di Asia, Plug and Play mempunyai kehadiran di Tokyo, Singapura dan Jakarta yang meliputi pelbagai industri dan menegak termasuk perjalanan dengan 8 pejabat tambahan di China termasuk Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Xi'an dengan kerjasama rakan kongsi seperti Wanda Group, Philips, Daimler, Audi, Cisco, Visa, P&G dan BASF.

"OAG akan menjadi satu penambahan yang berharga kepada masyarakat kita. Penyelesaian, data dan kepakaran perjalanan pasukan itu – dan kejayaan bertahun-tahun bekerjasama dengan jenama-jenama teknologi utama – akan berperanan penting di dalam melengkapkan peserta ekosistem kami untuk menyampaikan produk, perkhidmatan dan nilai yang bertaraf kelas pertama," kata Jordan Bray, ketua bagi perkongsian korporat di Plug and Play, Travel.

Maklumat mengenai OAG

Berada di barisan hadapan bagi pasaran pelancongan selama bertahun-tahun, kami mempunyai rangkaian data penerbangan udara yang terbesar di dunia termasuk pangkalan data jadual yang paling sahih bagi lebih daripada 980 syarikat penerbangan dan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling meluas di pasaran, dengan menjejaki 96% daripada penerbangan komersil.

Hari ini, rangkaian pelanggan OAG termasuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang terbesar di dunia, ejen pelancongan dalam talian (OTA), enjin tempahan terbesar di Eropah dan pemimpin pelancongan, teknologi dan e-dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com

Maklumat mengenai Plug and Play

Plug and Play adalah sebuah platform inovasi bertaraf global. Dengan beribu pejabat di Lembah Silikon, kami telah membina program pemecut, perkhidmatan inovasi korporat, dan VC dalaman untuk membuat kemajuan teknologi berkembang lebih cepat berbanding sebelum ini. Untuk turut serta di dalam ekosistem itu, sila layari www.plugandplaytechcenter.com/travel

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180723005451/en/

Hubungi

OAG
Esther Molina, +86 136 7179 3896
esthertsj@outlook.com
atau
Jordan Bray, +1 408 524 1677
jordan@pnptc.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment