Tuesday, July 31, 2018

PINDUODUO UMUMKAN PENENTUAN HARGA TAWARAN AWAM PERMULAAN

SHANGHAI, 30 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pinduoduo Inc. ("Pinduoduo" atau "Syarikat") (NASDAQ:PDD), platform "e-perdagangan baharu" yang inovatif dan pantas serta salah satu pemain e-perdagangan terkemuka di China hari ini mengumumkan penentuan harga tawaran awam permulaannya untuk 85,600,000 Saham Depositari Amerika ("ADS") (bersamaan dengan 342,400,000 saham biasa Kelas A) pada harga AS$19 setiap ADS untuk jumlah saiz tawaran sebanyak US$1.63 bilion, dengan andaian penaja jamin tidak melaksanakan pilihan mereka untuk membeli ADS tambahan.  ADS, yang masing-masing mewakili empat saham biasa Kelas A Syarikat, telah diluluskan untuk disenaraikan di Pasaran Pilih Global NASDAQ dan dijangka memulakan dagangan hari ini di bawah simbol "PDD."

Penaja jamin telah diberikan pilihan 30 hari untuk membeli sehingga 12,840,000 tambahan ADS dari Syarikat (bersamaan dengan 51,360,000 saham biasa Kelas A), yang akan menyumbang kepada tambahan hasil kasar sebanyak AS$244 juta.

Bilangan saham biasa yang belum dijelaskan dengan serta-merta selepas tawaran ini (dengan mengambil kira pelarasan dan pelaksanaan 581,972,860 pilihan yang telah diberikan dan tertunggak) adalah 5,013,118,240 saham biasa pada asas yang dilaraskan sepenuhnya (atau 5,064,478,240 saham biasa jika penaja jamin melaksanakan pilihan lebih peruntukan sepenuhnya).

Credit Suisse, Goldman Sachs, CICC dan China Renaissance bertindak sebagai bookrunner bersama untuk tawaran tersebut.

Pernyataan pendaftaran Pinduoduo berkaitan dengan tawaran tersebut telah difailkan dengan, dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Siaran akhbar ini tidak membentuk tawaran untuk menjual atau mendapatkan tawaran untuk membeli sekuriti yang diterangkan di dalam ini, mahu pun tidak terdapat apa-apa jualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, permintaan atau jualan sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa sedemikian.

Tawaran sekuriti hanya dibuat melalui prospektus yang membentuk sebahagian daripada pernyataan pendaftaran yang berkuat kuasa. Satu salinan prospektus yang berkaitan dengan tawaran dapat diperoleh dengan menghubungi Credit Suisse Securities (USA) LLC di Eleven Madison Avenue, New York, New York 10010, United States of America atau Goldman Sachs (Asia) L.L.C. di 68th Floor, Cheung Kong Center, 2 Queens Road, Central, Hong Kong atau China International Capital Corporation Hong Kong Securities Limited di 29th Floor, One International Finance Centre, 1 Harbour View Street, Central, Hong Kong atau China Renaissance Securities (Hong Kong) Limited di Unit 8107-08, Level 81, International Commerce Centre, 1 Austin Road West, Kowloon, Hong Kong.

Mengenai Pinduoduo (NASDAQ:PDD):

Pinduoduo ialah platform "e-perdagangan baharu" yang inovatif dan pantas yang menawarkan pembeli dengan barangan bernilai untuk wang dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan interaktif. Platform mudah alih Pinduoduo menawarkan pilihan yang komprehensif untuk barangan yang menarik, dengan pengalaman membeli-belah sosial dinamik yang memanfaatkan rangkaian sosial sebagai alat yang efektif dan efisien untuk pembelian dan penglibatan pembeli.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11282

No comments:

Post a Comment