Thursday, July 12, 2018

Keupayaan mencari dan menyelamat Indonesia diiktiraf

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Indonesia diiktiraf dalam keupayaannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

Ketua Basarnas, Marsekal Udara M. Syaugi berkata kejayaan operasi SAR ditentukan oleh faktor seperti kepantasan, ketepatan dan kecekapan atau sumber manusia.

Faktor-faktor ini mandatori bagi semua anggota untuk dapat bertindak balas terhadap cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat dengan cepat, tepat dan selamat, menurut agensi itu satu kenyataan.

Basarnas berperanan penting dalam semua situasi bencana, menjalankan operasi SAR yang berkesan dengan selamat, bila-bila masa dan di mana saja memandangkan agensi itu akan menjadi barisan depan semasa bencana alam yang sedang berlaku dalam menyelamatkan nyawa dan mencegah lebih banyak kerugian.

Agensi itu juga berpengalaman dalam penyiasatan serta langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan kemalangan pesawat seperti kejadian melibatkan Boeing 737- 800 Lion Air yang terhempas di laut Bali pada April 2013 dan Sukhoi Superjet di Bogor, Jawa Barat pada Mei 2012.

Basarnas turut melaksanakan program latihan berterusan untuk menangani risiko kemalangan dan meningkatkan ketersediaan peralatan SAR.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment