Monday, July 2, 2018

QANTAS AIRWAYS DAN HONG KONG AIRLINES MENCAPAI STATUS 5 BINTANG DI DALAM PENARAFAN BINTANG PRESTASI TEPAT PADA MASA OAG

Penemuan utama:

• Qantas Airways dari Australia (OTP 85.7%) adalah syarikat penerbangan yang terbesar di rantau itu untuk mencapai lima bintang.

• Hong Kong Airlines (OTP 92.4%) adalah satu daripada lima syarikat penerbangan global untuk memperolehi mata melebihi 90%.

• 25 daripada 53 lapangan terbang global yang mencapai lima bintang berada di Asia Pasifik, dengan 19 terletak di Jepun.

 
SINGAPURA, 2 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Asia Pasifik menyampaikan keputusan tepat pada masanya yang mengagumkan dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2018, ketika OAG, peneraju global di dalam maklumat penerbangan, mengeluarkan Penarafan Bintang Prestasi Tepat pada Masa (OTP), yang mengiktiraf syarikat-syarikat penerbangan dan lapangan terbang utama di seluruh dunia kerana prestasi ketepatan masa yang lebih baik.
 
Mata OTP yang mengagumkan oleh Hong Kong Airlines dan Qantas Airways memperolehi lima bintang bagi kedua-dua syarikat penerbangan dan menempatkan mereka di antara 15 syarikat penerbangan utama yang paling tepat pada masanya di dunia. Lima pendatang baru termasuk Korea T'Way Air dan Fuji Dream Airlines dari Jepun. Syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia, Japan Airlines, All Nippon Airways dan Singapore Airlines memperolehi empat bintang dan menduduki di antara 25 syarikat penerbangan teratas di dunia bagi ketepatan masa.
 
Lapangan-lapangan terbang Jepun mencapai keputusan OTP tahunan yang mengagumkan, 19 lapangan terbang mencapai status 5 bintang, termasuk hab-hab besar seperti Osaka International Itami (88.2%) dan Tokyo International Haneda (86.0%).
 
"Dengan julat laluan penerbangan yang kerap berkembang dan pelbagai syarikat penerbangan dipilih bagi perjalanan domestik, serantau dan global, pelancong Asia lebih berhati-hati menilai pilihan perjalanan udara sebelum membuat tempahan, dan ketepatan masa adalah satu faktor penting di dalam mereka membuat keputusan," kata Mayur Patel,  Pengarah Jualan Serantau JAPAC, OAG. "Dengan ketepatan masa dianggap sebagai satu petunjuk utama bagi kualiti perkhidmatan, banyak syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Asia melabur untuk meningkatkan prestasi mereka bagi mengekalkan kesetiaan penumpang."
 
Maklumat mengenai Penarafan Bintang OTP OAG
 
Untuk mencapai satu penarafan bintang OTP, syarikat-syarikat penerbangan dan lapangan terbang dunia harus memenuhi dua kriteria: semua syarikat penerbangan dan lapangan terbang mesti mempunyai sekurang-kurangnya 600 operasi pada setiap bulan dan OAG harus menerima maklumat status penerbangan untuk 80 peratus daripada penerbangan berjadual dalam tempoh 12 bulan.
 
Muat turun satu salinan laporan penuh DI SINI.
 
Maklumat mengenai OAG
 
OAG adalah pembekal global yang terkemuka bagi maklumat penerbangan digital dan menyediakan maklumat dan aplikasi secara tepat, kena pada waktunya dan boleh dilakukan merentasi sektor perjalanan kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang, agensi-agensi kerajaan, pengeluar pesawat, perundingan dan syarikat yang berkaitan perjalanan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180701005074/en/
 
Hubungi
Bagi pihak OAG:
Esther Molina, +86 13671793896
esthertsj@outlook.com
 
Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment