Tuesday, July 3, 2018

LOJI WESTINGHOUSE AP1000 YANG PERTAMA SANMEN 1 MEMULAKAN PENYELARASAN KE GRID ELEKTRIK

Sanmen 1 memulakan penjanaan elektrik


SANMEN, China, 2 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westinghouse Electric Company dan pelanggan mereka, Perbadanan Teknologi Tenaga Nuklear Negara China (SNPTC) dan CNNC Sanmen Nuclear Power Company Limited (SMNPC) hari ini mengumumkan bahawa loji kuasa nuklear AP1000 yang pertama di dunia yang terletak di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, telah memulakan penyambungan awal ke grid elektrik. Penjana turbin Sanmen 1 kini telah mula bersambung ke grid elektrik dan telah mula menjanakan elektrik.

"Hari ini, kami menyaksikan loji AP1000 kami yang pertama, Sanmen 1, memulakan proses menjanakan tenaga elektriknya dan menyediakan kepada pelanggan kami di China dengan tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan bersih," kata José Emeterio Gutiérrez, presiden dan ketua pegawai eksekutif Westinghouse. Beliau berkata, "Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerjasama dan usaha sama yang berterusan dengan pelanggan kami dari China."

Sanmen 1 mampu menjanakan tenaga elektrik sebanyak 1,117 megawatt apabila berkuasa penuh. Ia juga merupakan yang pertama daripada empat loji AP1000 baharu di timur China dan akan menyediakan tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan mesra alam untuk tempoh lebih 60 tahun yang akan datang.

Ketika mengulas mengenai kejayaan Westinghouse baru-baru ini di China, David Durham, Naib Presiden Kanan Westinghouse, Perniagaan Projek-projek Baharu menyatakan, "Ini adalah satu masa yang sangat mengujakan bagi Westinghouse, pelanggan kami di China dan industri nuklear, ketika kami dengan bangganya bergerak semakin dekat dan hampir kepada 100 peratus kuasa dan operasi komersial di Sanmen 1."

Westinghouse pada masa ini mempunyai enam loji tenaga nuklear AP1000 yang sedang berkembang melalui pembinaan, pengujian dan permulaan. Projek-projek ini termasuk dua unit di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, dua unit di Haiyang, Wilayah Shandong, China, serta dua unit yang sedang dibina di Loji Penjanaan Elektrik Alvin W. Vogtle di Waynesboro, Georgia, Amerika Syarikat. Westinghouse menyediakan reka bentuk, peralatan kritikal, latihan dan pengujian bagi setiap satu daripada enam unit AP1000 itu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180630005033/en/

Hubungi
Westinghouse Electric Company
Sarah Cassella, +1 412-374- 4744
Pengurus, Perhubungan Luar
cassels@westinghouse.com
www.westinghousenuclear.com
 
Sumber : Westinghouse Electric Company

No comments:

Post a Comment