Saturday, July 28, 2018

MICPA SAMBUT ULANG TAHUN KE-60




KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) menyambut ulang tahun ke-60 nya pada 13 Julai di Majlis Makan Malam Tahunan MICPA ke-60 yang diadakan di Hotel Hilton, di sini.
Ditubuhkan pada tahun 1958, MICPA telah memainkan peranan penting dalam peningkatan pasaran modal, pendidikan perakaunan, pembangunan bakat dan penyediaan kepimpinan dalam komuniti perniagaan.
MICPA dalam kenyataannya hari ini berkata, Presiden Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC), Rachel Grimes telah mengambil penerbangan dari Sydney (Australia) untuk menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmi acara.
Antara ahli-ahli MICPA yang hadir -- Pengerusi Bursa Malaysia Bhd dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tan Sri Amirsham A. Aziz, Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi CIMB Bank Bhd dan mantan Presiden MICPA Datuk Zainal Abidin Putih, Pengerusi Maxis Bhd dan Ekuinas Bhd Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda, dan mantan Presiden MICPA dan Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit dan Ahli Majlis MICPA Datuk Gumuri Hussain.
Lebih 400 orang hadir di majlis makan malam itu, termasuk pengawal selia, ahli akademik, ketua dan anggota badan profesional, firma ahli, majikan pusat latihan bertauliah, dan graduan Program MICPA-Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand (CAANZ).
 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment