Wednesday, February 22, 2023

AURA NETWORK BERJAYA MENGUMPUL $4 JUTA DALAM PUSINGAN PEMBIAYAAN PRASIRI DITERAJUI OLEH HASHED DAN COIN98

(Foto: Business Wire)

 Aura Network memulakan tahun 2023 dengan pusingan kutipan dana sebanyak $4 juta yang diterajui oleh Hashed dan Coin98. Dalam keadaan pasaran pada masa ini, Aura Network mengumpul momentum untuk mengharungi tahun yang akan datang.


HANOI, Vietnam, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aura Network telah menutup pusingan kutipan dana sebanyak $4 juta, dengan Hashed dan Coin98 Ventures menerajui bersama pusingan tersebut. Berikutan pengumuman perkongsian khidmat nasihat strategik dengan Republic Crypto, ini merupakan pencapaian komited yang seterusnya menjelang pelancaran Jaringan Utama (Mainnet) kami dalam Q1 2023.

Ini ialah satu daripada kutipan dana yang amat penting untuk Aura Network dengan pelaburan Hashed, firma pelaburan kripto paling berprofil tinggi di Korea Selatan. Dalam tempoh 5 tahun penubuhan firma tersebut, portfolio pelaburan Hashed telah memasukkan lebih daripada 80 projek merentasi pelbagai kategori, iaitu jenama NFT seperti Axie Infinity dan The Sandbox, rangkaian blok rantai seperti Cosmos dan Klaytn, protokol DeFi seperti MakerDAO.

"Hashed amat berbesar hati untuk menyokong Aura Network dalam pusingan prajaringan utamanya. Kami kagum dengan rekod prestasi teknikal Aura Network, yang membolehkannya berkembang menjadi satu daripada penyumbang sumber terbuka paling besar kepada Cosmos,” ulas Joseph Young, Pembantu Kanan Hashed. “Pada asasnya, kami berasa optimistik tentang ekosistem Cosmos dan juga percaya dengan wawasan Aura Network dalam membina lapisan pertama yang menyeluruh, serta berupaya menyokong NFT, permainan dan DeFi yang mampan."

Dalam pusingan kutipan dana ini, Aura Network menyertai beberapa projek Blok Rantai yang terkenal, termasuk GuildFi, Istari Ventures, Republic Crypto dan pelabur tidak formal lain. Tambahan pula, hubungan strategik dengan pelabur dan rakan niaga ini akan menawarkan nasihat mengenai operasi, pembangunan produk dan perniagaan, usaha pemasaran dan banyak lagi.

”Sungguh mengagumkan kerana dapat menyokong Giang dan pasukannya yang berbakat di Aura dari awal dan menyaksikan mereka berkembang setiap hari. Melalui penyediaan lapisan 1 yang boleh dipercayai, sepantas kilat, boleh skala dan berpusatkan NFT, Aura Network ialah padanan yang sesuai dalam usaha mempercepat penerimagunaan NFT dalam pelbagai utiliti di seluruh dunia,” dikongsi oleh Thanh Le, Pengasas Coin98. “Kami amat teruja untuk menyokong Aura, pasukan dengan kebolehan pelaksanaan yang cemerlang, pengetahuan teknikal yang mendalam, asas yang mantap untuk hubungan pengguna dan pembangun, serta komitmen sepenuh hati kepada kualiti dalam usaha menjadikan NFT diterima secara meluas."

Apakah rancangan seterusnya untuk Aura Network?

“Web3 dan NFT akan kekal di sini. Bersandarkan pada penemuan syarikat terdahulu dalam usaha mempelajari banyak perkara tentang tindakan selanjutnya, kami akan menggunakan jumlah dana ini untuk menyediakan kitaran pembangunan seterusnya secara berterusan tanpa mengambil kita apa-apa situasi pasaran,” kata Giang Tran, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Aura Network.

Dana itu diperuntukkan bagi pengembangan ekosistem Aura Network, termasuk meningkatkan bilangan projek dan produk Web3 global yang dibina dalam ekosistem. Bergerak maju ke arah pelancaran Jaringan Utama (Mainnet) dengan tujuan mencapai matlamat tertentu, pada masa ini pasukan pembangunan Aura Network sedang berusaha membina beberapa produk baharu. Jadual untuk melancarkan produk ini akan diumumkan tidak lama lagi dalam hala tuju bagi tahun 2023.

Bersama sokongan kukuh daripada pelabur tidak formal dan rakan niaga, Aura Network akan memacu pertumbuhan penerimagunaan NFT secara besar-besaran dan menjadi satu daripada pembina Web3 yang terkemuka.

Maklumat Tentang Aura Network

Aura Network ialah ekosistem yang dibina untuk mempercepat penerimagunaan NFT global. Aura Network memberikan tumpuan kepada membina Internet NFT dan membawa NFT dan web3 kepada umum.

Laman web | Twitter | Discord | Telegram | Blog

Maklumat Tentang Hashed

Diasaskan oleh pasukan usahawan dan jurutera bersiri pada tahun 2017, Hashed ialah firma blok rantai cemerlang di Asia dengan portfolio yang menjangkau di seluruh dunia.

Laman web | Twitter | Blog | Linkedin

Maklumat Tentang Coin98 Ventures

Coin98 Ventures ialah cabang modal usaha niaga Coin98 Finance, hab pembinaan berasaskan Web3 Vietnam. Firma tersebut berusaha melabur dalam pengasas dengan idea yang mengganggu dan pendekatan berinovatif merentasi tindanan Web3, daripada protokol dan infrastruktur lapisan 1 kepada aplikasi yang menghadap pengguna.

Laman web | Twitter

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53326355/en

Individu untuk Dihubungi
Cik Thu Tran
Aura Network
Ketua Pegawai Operasi (COO)
thu@aura.network
 
Sumber: Aura Network

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment