Tuesday, February 28, 2023

PELANCARAN SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN DEXCOM G6 DI SINGAPURA

Sistem CGM baharu yang inovatif menghapuskan keperluan mencucuk jari untuk pesakit diabetes

SINGAPURA, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dexcom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju global dalam pemantauan glukosa berterusan (CGM) masa nyata untuk pesakit diabetes, hari ini mengumumkan pelancaran Sistem CGM Dexcom G6 di Singapura untuk pesakit diabetes yang berumur dua tahun ke atas serta wanita hamil dan juga pelantikan DKSH Singapore Pte Ltd sebagai penyedia perkhidmatan jualan, pemasaran dan pengedaran.

Dexcom G6 menggunakan sensor dan pemancar yang kecil dan tahan lasak untuk mengukur secara berterusan dan menghantar paras glukosa secara wayarles ke penerima atau peranti pintar yang serasi*, membolehkan pesakit menerima data glukosa masa nyata tanpa perlu mencucuk jari mereka. Sistem ini juga menawarkan makluman dan penggera yang boleh disesuaikan untuk membantu mengelakkan kejadian tahap gula dalam darah jatuh ke paras rendah atau meningkat ke paras tinggi yang boleh membahayakan pesakit.

“Pelancaran Dexcom G6 di Singapura merupakan detik bersejarah bagi syarikat kami,” kata Scott Moss, Naib Presiden Dexcom, Asia Pasifik. “Pelancaran ini menandakan kali pertama CGM Dexcom memasuki pasaran untuk pesakit diabetes di Asia Tenggara, dan dengan pembukaan ibu pejabat serantau kami di Singapura baru-baru ini, kami berharap dapat membawa CGM Dexcom ke pasaran tambahan di rantau ini dalam masa terdekat.”

Aplikasi Dexcom G6 untuk peranti iOS dan Android yang serasi* juga membolehkan pesakit berkongsi maklumat glukosa mereka dengan sehingga sepuluh orang pengikut. Fungsi ini membolehkan ahli keluarga, insan tersayang dan penyedia jagaan kesihatan memantau pesakit dari jauh dengan lebih tenang.

Ciri-ciri Dexcom G6 yang membolehkan pengguna mengawal kesihatan mereka:

• Penghapusan keperluan untuk mencucuk jari untuk penentukuran dan membuat keputusan rawatan diabetes
• Bacaan glukosa berterusan dihantar secara automatik menggunakan teknologi Bluetooth ke mana-mana peranti pintar* yang serasi atau ke alat penerima Dexcom, dalam selang masa lima minit
• Makluman dan penggera yang boleh disesuaikan, termasuk makluman Penting Rendah Tidak Lama Lagi, yang boleh memberi pengguna amaran sehingga 20 minit lebih awal daripada kejadian hipoglisemia penting, supaya mereka boleh mengambil langkah pencegahan
• Perkongsian data masa nyata dengan aplikasi Dexcom G6, membolehkan pengguna berkongsi data glukosa mereka dengan sehingga sepuluh pengikut untuk memantau paras glukosa mereka dari jauh dengan lebih tenang
• Sensor dengan jangka hayat 10 hari membolehkan pemakaian yang lebih lama
• Pemancar nipis dengan profil yang lebih rendah untuk ketahanan yang tidak terlalu menonjol
• Aplikator automatik direka untuk memudahkan sensor dimasukkan dengan hanya satu sentuhan butang
• Penerima yang baru direka dengan paparan skrin sentuh (peranti penerima/paparan adalah aksesori pilihan)
• Membran sensor baharu yang membolehkan penggunaan asetaminofen tanpa sebarang kesan pada bacaan glukosa§

Sistem CGM Dexcom G6 dipadankan kepada aplikasi Dexcom G6 yang tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play store, untuk digunakan dengan peranti pintar Apple atau Android yang serasi. Sebagai alternatif, pesakit boleh melihat bacaan glukosa pada penerima skrin sentuh Dexcom G6 pilihan yang boleh dibeli secara berasingan.

CGM Dexcom G6 telah diluluskan oleh HSA Singapura pada akhir tahun lalu dan kini boleh diakses oleh warga Singapura bulan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom G6, lawati www.dexcom.com/sg.

Maklumat Mengenai Dexcom, Inc.

DexCom, Inc. membolehkan orang ramai mengawal kesihatan mereka pada masa nyata melalui sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM) yang inovatif. Beribu pejabat di San Diego, Calif., dan dengan operasi di seluruh Eropah serta kawasan-kawasan terpilih di Asia/Oceania, Dexcom telah muncul sebagai peneraju teknologi penjagaan diabetes. Dengan mengambil kira keperluan pengguna, penjaga dan penyedia, Dexcom berusaha untuk memudahkan dan menambah baik pengurusan diabetes di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom, lawati https://www.dexcom.com/en-us/about-dexcom.
_________________________

*Untuk mendapatkan senarai peranti yang serasi, lawati www.dexcom.com/compatibility.

Jika makluman dan bacaan glukosa anda daripada G6 tidak sepadan dengan gejala atau jangkaan, gunakan meter glukosa darah untuk membuat keputusan rawatan diabetes.

Aplikasi Follow yang berasingan diperlukan.

§Bacaan G6 boleh digunakan untuk membuat keputusan rawatan diabetes apabila mengambil dos asetaminofen maksimum sehingga 1,000mg setiap 6 jam. Pengambilan dos yang lebih tinggi boleh menjejaskan bacaan G6.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Maklumat Hubungan Media:
Patrick Ho: Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Baharu
Patrick.ho@dexcom.com

James McIntosh: Pengarah Perhubungan Awam Global
James.mcintosh@dexcom.com
 
Sumber: Dexcom, Inc. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16846

No comments:

Post a Comment