Thursday, February 2, 2023

J-LEC MEMPERKENALKAN PROGRAM NHK TV "DUNIA KEMARMARAN YANG MAHIR BAGI DAGING LEMBU WAGYU JEPUN"


AsiaNet 99514

TOKYO,  2 Feb., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Majlis Promosi Eksport Produk Ternakan Jepun (J-LEC) berbesar hati untuk mengumumkan penerbitan dan penyiaran sebuah program yang bertajuk “Dunia Kemarmaran yang Mahir bagi Daging Lembu Wagyu Jepun” di NHK WORLD-JAPAN pada 1 Februari. Program NHK yang dikeluarkan itu memperkenalkan dunia daging lembu Wagyu yang mendalam dan tarikan mereka di peringkat global dari pentas di "Sukan Olimpik Wagyu", satu daripada pameran yang berkaitan dengan makanan yang terbesar di Jepun.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107543/202301272460/_prw_PI1fl_kWUjZn21.png
 
 
Foto:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107543/202301272460/_prw_PI2fl_853Fpwq3.jpg
 
Wagyu sememangnya terkenal di seluruh dunia kerana lemaknya yang cair di dalam mulut anda, kemarmaran yang halus, tekstur lembut, aroma yang unik dan lembut dan rasa yang mendalam dan unik di kalangan baka lembu. Dibangunkan melalui pembiakan terpilih dan kaedah Jepun yang asli, Wagyu dianggap sebagai di antara daging lembu yang terbaik di dunia.

Pada tahun 2022, Wilayah Kagoshima telah menjadi tuan rumah kepada Pameran Pertandingan Kebangsaan Wagyu ke-12, yang juga dikenali sebagai Sukan Olimpik Wagyu, pertandingan daging lembu Wagyu yang terbesar di Jepun, dan 438 ekor lembu yang layak dari 41 wilayah di Jepun berkumpul untuk bahagian pembiakan lembu. Pertandingan ini diadakan setiap lima tahun sekali di lokasi berbeza di Jepun untuk menentukan ladang pengeluaran Wagyu yang menerajui di dalam usaha berterusan untuk mencari daging lembu yang berkualiti paling tinggi di dunia.

Dengan menelusuri sejarah bagi Sukan Olimpik Wagyu itu sepanjang setengah abad yang lalu mendedahkan satu transformasi bagi lembu yang bekerja di kawasan luar bandar yang dipilih untuk dipertingkatkan secara genetik kepada daging lembu yang berkualiti tinggi, seterusnya menjadi satu daripada eksport utama bagi Jepun. Pada tahun 2021, nilai eksport daging lembu Jepun telah melebihi 50 bilion yen (kira-kira 500 juta USD mengikut kadar pertukaran pada masa itu). Kerajaan Jepun telah menetapkan satu matlamat untuk meningkatkan tiga kali ganda nilai itu menjelang tahun 2025. Wagyu dijangka menetapkan satu standard baharu untuk meningkatkan eksport bagi produk Jepun yang lain yang berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan perikanan, serta eksport makanan dan masakan Jepun. Selain itu, berhubung dengan trend moden dalam kesedaran kesihatan global, kandungan lemak pada daging Wagyu telah dinilai sebagai satu petunjuk yang positif bagi "kualiti berbanding dengan kuantiti."

Di Jepun, setiap ekor lembu Wagyu boleh dikesan secara individu di bawah satu sistem yang diperakui, dan penggredan kualiti daging mereka serta pedigrinya dikawal ketat oleh sebuah organisasi pensijilan. Maklumat tersebut boleh diakses dengan mudah dengan mengimbas kod QR pada daging lembu Wagyu yang disediakan oleh J-LEC.

Daging lembu Wagyu Jepun, dengan kemarmaran atau corak lemaknya yang menyerupai corak marmar, telah menjadi standard untuk daging lembu yang berkualiti tinggi di kalangan pengguna mewah di Asia, dan ia semakin mendapat permintaan di Eropah dan Amerika Syarikat.
 
Butiran siaran
- Tarikh: 1 Februari, 2023
- Masa: 2:30 - 3:00, 7:30 - 8:00, 13:30 - 14:00, 19:30 - 20:00 (UTC)
- URL:
https://biz.jibtv.com/programs/the_masterfully_marbled_world_of_japanese_wagyu_beef/
 
Maklumat mengenai Majlis Promosi Eksport Produk Ternakan Jepun (J-LEC)
J-LEC ialah sebuah organisasi Jepun yang terdiri daripada beberapa wakil perbandaran tempatan dan berkongsi maklumat dengan dunia tentang penternakan ternakan Jepun dan industri pengeluaran daging dan telur.
 
Laman web: http://jlec-pr.jp/en/
Instagram: https://www.instagram.com/beef_japan_official/
Facebook: https://www.facebook.com/Beef-Japan-101603855192050/
 
 
Sumber: Majlis Promosi Eksport Produk Ternakan Jepun

No comments:

Post a Comment