Thursday, February 9, 2023

FPT SOFTWARE DAN ANAPLAN ASIA PACIFIC MENGADAKAN PERKONGSIAN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PERUSAHAAN DI SELURUH ASIA TENGGARA


FPT Software dan Anaplan Asia Pacific Mengadakan Perkongsian bagi Meningkatkan Prestasi Perusahaan di seluruh Asia Tenggara (Foto: Business Wire)

HANOI, Vietnam, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FPT Software, penyedia perkhidmatan teknologi dan IT terkemuka Vietnam, baru-baru ini mengadakan perkongsian strategik dengan platform perancangan perniagaan dan membuat keputusan, Anaplan Asia Pacific. Sebagai rakan integrasi serantau Anaplan Asia Pacific, FPT Software bersedia menyampaikan perkhidmatan Pengurusan Prestasi Perusahaan berasaskan awan kepada perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

Gabungan tersebut meluaskan capaian Anaplan kepada segmen pelanggan baharu dalam portfolio peneraju transformasi digital dunia FPT Software di seluruh rantau Asia Tenggara. Pelanggan perniagaan akan dapat merangsangkan prestasi dengan perancangan seluruh perusahaan, pengumpulan dan analisis data. Tambahan pula, dengan memanfaatkan keupayaan kedua-dua belah pihak, perkongsian itu juga memberikan tumpuan kepada menggalakkan kerjasama berterusan dalam kalangan jabatan kewangan dan operasi.

Sebagai rantau perdagangan dan penggunaan keempat terbesar di dunia, dengan satu daripada segmen celik digital terbesar, perniagaan di Asia Tenggara terus melabur dalam membina keupayaan dan teknologi digital baharu bagi mengekalkan daya saing. Penyelidikan oleh Altimeter mendedahkan bahawa sebilangan besar pemimpin di Asia Tenggara (72%) bukan sahaja secara aktif menaja transformasi digital ini, malah mereka juga menganggap transformasi digital sebagai satu daripada tiga keutamaan perniagaan paling penting bagi mereka pada tahun yang akan datang.

FPT SOFTWARE DAN ANAPLAN ASIA PACIFIC MENGADAKAN PERKONGSIAN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PERUSAHAAN DI SELURUH ASIA TENGGARA

No comments:

Post a Comment