Thursday, February 9, 2023

OAG MELANCARKAN MAKLUMAN STATUS PENERBANGAN, PAPARAN BAHARU SEPENUHNYA BAGI PERUBAHAN PENERBANGAN SEGERA

Integrasi Makluman Status ke dalam Platform Maklumat Penerbangan Memberikan Penyelesaian Teknologi Berkuasa

LONDON, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, penyedia data perjalanan dan cerapan terkemuka dunia, pada hari ini mengumumkan pelancaran Makluman Status Penerbangan baharu, yang memberikan paparan baharu sepenuhnya bagi perubahan penerbangan segera.

Makluman Status Penerbangan diintegrasikan secara langsung ke dalam Platform Maklumat Penerbangan OAG, yang telah menyediakan aliran perubahan jadual penerbangan yang berterusan. Data Status Penerbangan bersama dengan Jadual Penerbangan kini memberikan liputan maklumat penerbangan seluas yang mungkin kepada pelanggan OAG yang termasuk enjin tempahan, aplikasi perjalanan dan hospitaliti, aplikasi syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian, carian meta, enjin carian dan aplikasi penjejakan penerbangan.

Gabungan hebat ini menyediakan tetingkap penerbangan pertama seumpamanya ke dalam jadual dan data status utama – dari saat penerbangan dijadualkan sehingga apabila bagasi menyentuh tali sawat bagasi dan segala aktiviti di antaranya.

Dikuasakan oleh Azure Event Hub Microsoft, teknologi canggih ini memberikan kelajuan dan skala kepada pemberitahuan dalam Platform Maklumat Penerbangan OAG. Teknologi ini memproses purata 40 kemas kini setiap saat dan menyediakan jutaan kemas kini dalam masa nyata mengikut jadual dan perubahan status.

Manfaat utama tetingkap penerbangan termasuk:

· Pengalaman Baharu & Bertambah Baik bagi Pengunjung & Kesetiaan Pelanggan yang Lebih Besar: Kini, pelanggan boleh menjejaki perubahan bukan sahaja 52 jam sebelum berlepas, tetapi di luar tetingkap itu juga. Paparan baharu sepenuhnya untuk memenuhi keperluan pengunjung masa kini yang semakin berkembang.

· Akses Lancar kepada Data Berkualiti Tinggi: Platform berskala dan fleksibel beroperasi menggunakan sistem API tersambung yang dihantar melalui awan, khusus untuk keperluan teknologi setiap pelanggan.

· Peningkatan Kebolehskalaan & Serba Boleh: Pelanggan boleh menerima jutaan kemas kini dalam masa nyata, menghapuskan semakan manual yang mahal dan memberikan mereka fleksibiliti untuk menyesuaikan makluman pada bila-bila masa.

“Memandangkan masa depan perjalanan terus berkembang, pasaran memerlukan akses pantas dan mudah kepada aktiviti yang berlaku di darat dan di udara bagi merancang, memberitahu dan memacu pengalaman pelanggan dan hasil operasi yang lebih baik.” kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif OAG.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Makluman Status Penerbangan, sila kunjungi https://www.oag.com/status-alerts.

Maklumat Tentang OAG
OAG ialah platform data terkemuka bagi industri perjalanan global, memperkasa pertumbuhan dan inovasi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di UK, OAG mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, China dan Lithuania. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.oag.com dan ikuti kami dalam Twitter @OAG Aviation.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20230208005537/en/

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media:
Chrissy Azevedo
Corporate Ink untuk OAG
pressoffice@oag.com
 
Sumber: OAG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment