Tuesday, February 28, 2023

UNTUK MEMPERCEPATKAN KETERSAMBUNGAN KEWANGAN SHENZHEN-HONG KONG, 30 LANGKAH-LANGKAH KEWANGAN TELAH DIGUBAL


AsiaNet 99620

SHENZHEN, China, 28 Feb., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Qianhai kini muncul sebagai perhentian pertama bagi institusi kewangan yang melabur di Hong Kong untuk memasuki ke tanah besar, dan Qianhai telah mencapai satu lagi kejayaan di dalam inovasi kewangan. Pada 23 Februari, Pendapat itu mengenai Menyediakan Sokongan Kewangan untuk Mendalamkan secara Menyeluruh Pembaharuan dan Pembukaan bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Pendapat itu) telah secara rasmi dikeluarkan. Dengan itu, Qianhai akan memainkan satu peranan yang lebih besar di dalam membantu mengintegrasikan Hong Kong ke dalam pembangunan negara secara keseluruhan, menurut Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong.

Pendapat itu menetapkan 30 langkah-langkah kewangan, yang meliputi perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan mata pencarian rakyat, akses bersama di antara pasaran kewangan, pembangunan bagi industri kewangan moden, memudahkan perdagangan, pelaburan, pembiayaan rentas sempadan, dan pengukuhan kerjasama di dalam pengawasan kewangan. Lebih khusus lagi, langkah-langkah yang baharu dikeluarkan itu termasuk membantu penduduk Hong Kong untuk membuka akaun dengan bank-bank di tanah besar, memudahkan kalangan profesional Hong Kong untuk menjalankan aktiviti di tanah besar, sekali gus membolehkan institusi sekuriti kewangan untuk menjalankan pembiayaan langsung di Hong Kong, dan mengetuai pemindahan bagi ekuiti persendirian dan saham modal teroka. 30 langkah-langkah itu telah menentukan lagi laluan untuk mencapai tahap pembukaan kewangan dan kerjasama yang lebih tinggi dan lebih mendalam dengan Hong Kong.

"Pengenalan bagi 30 langkah-langkah itu menandakan satu lagi pusingan bagi promosi akses pasaran kewangan bersama di antara Shenzhen dan Hong Kong," kata David Liao, ketua eksekutif bersama bagi Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation Limited Asia Pasifik, dalam satu wawancara baru-baru ini, "Langkah-langkah itu akan meletakkan asas bagi penumpuan bagi peraturan dan mekanisme kewangan di Kawasan Greater Bay, dan membolehkan penerokaan laluan baharu untuk pembukaan peringkat tinggi bagi industri kewangan di tanah besar."

Bank Dah Sing Cawangan Shenzhen, bank pertama China dengan satu lesen dwi operasi, telah dibuka, dan UBS Qianhai Wealth Management Co. Ltd., pengurus kekayaan milik asing sepenuhnya yang pertama di Kawasan Greater Bay, telah dibuka. DBS Bank menjadi pemegang saham terbesar di Shenzhen Rural Commercial Bank, dan HSBC meningkatkan kepentingannya dalam HSBC Qianhai Securities kepada 90%. Sejumlah institusi kewangan yang terkenal di peringkat antarabangsa, termasuk Standard Chartered, membuka cawangan di Qianhai melalui QFLP.
   
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, industri kewangan Qianhai telah sentiasa sejajar dengan standard-standard antarabangsa, dan Qianhai terus menyerlahkan fungsinya sebagai sebuah jendela demonstrasi bagi pembukaan industri kewangan di China. Dari segi inovasi untuk kewangan rentas sempadan, Qianhai adalah yang pertama di negara itu yang melaksanakan enam perkhidmatan RMB rentas sempadan, iaitu pinjaman RMB rentas sempadan, penerbitan bon rentas sempadan, penyatuan wang tunai mata wang asing RMB, pelaburan ekuiti rentas sempadan, pemindahan aset rentas sempadan, dan infrastruktur kewangan rentas sempadan. Qianhai akan terus berkembang ke perkhidmatan rentas sempadan yang lain. Pada tahun 2022, Shenzhen dan Hong Kong mengisytiharkan 18 langkah-langkah pertama untuk menyokong pelaburan modal teroka di Qianhai, dan Qianhai berhasrat untuk menubuhkan kluster modal teroka Shenzhen-Hong Kong antarabangsa. Qianhai Mercantile Exchange bagi Kumpulan HKEX mempunyai lebih daripada 130 bilion yuan urus niaga spot. Setakat ini, 247 institusi kewangan telah menetap di sini dan menyertai Bandar Raya Kewangan Antarabangsa Qianhai Shenzhen-Hong Kong, di antaranya Hong Kong dan institusi yang dibiayai asing yang merangkumi sebanyak 30%.

Pada masa ini, Pendapat itu mempunyai matlamat baharu lanjutan untuk pembukaan industri kewangan Qianhai. Menjelang tahun 2025, Qianhai akan menubuhkan dan secara beransur-ansur meningkatkan sistem dasar dan pengurusan untuk memberi tumpuan kepada pengembangan dan pembukaan industri kewangan dan pengantarabangsaan bagi RMB, mencapai akses bersama peringkat tinggi dengan pasaran kewangan Hong Kong, meningkatkan sistem untuk memantau, mencegah, dan menyelesaikan risiko kewangan, dan memberikan peranan yang lebih menonjol kepada kewangan di dalam menyokong pembangunan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau. Menjelang tahun 2035, satu tahap yang lebih tinggi bagi keterbukaan kewangan, berdasarkan kepada senarai negatif, akan dicapai, aliran modal rentas sempadan akan menjadi lebih efisien dan mudah, sistem peraturan kewangan akan diselaraskan dengan sistem antarabangsa, dan persekitaran kewangan akan mencapai satu tahap yang bertaraf dunia. Pada masa itu, Qianhai akan memainkan peranan yang lebih besar di dalam memimpin pembukaan industri kewangan kebangsaan.

Rancangan itu adalah agar Qianhai mengumpulkan satu senarai tugas pelaksanaan untuk Pendapat itu mewujudkan satu pelan tugas, hala tuju, garis masa, dan sistem akauntabiliti. Qianhai akan berusaha untuk mengadakan sebuah Forum Kewangan Shenzhen-Hong Kong, mengukuhkan sistem kerjasama pengawalseliaan kewangan Shenzhen-Hong Kong, mencegah risiko kewangan rentas sempadan, dan menggalakkan pembukaan dan pembangunan Qianhai yang selanjutnya.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

No comments:

Post a Comment