Thursday, February 9, 2023

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) SANTUNI DAN CERIAKAN 39 ORANG ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF DI KAMPUNG SILAD, RANAU SABAH

RANAU, 7 Feb (Bernama) -- Mengadaptasi konsep Malaysia MADANI yang menerapkan sifat ihsan, peduli dan kasih sayang dalam setiap anggota masyarakat bagi mewujudkan sebuah keamanan bersama, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkasa serta memperhebatkan lagi Program Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan menyantuni seramai 39 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Daerah Ranau.

Program anjuran Ibu Pejabat HASiL dengan kerjasama Pejabat Pengarah HASiL Sabah ini membuktikan bahawa Team HASiL sentiasa menjunjung prinsip kemakmuran negara dinikmati bersama yang mana segenap lapisan masyarakat wajib disantuni tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Dalam program ini Team HASiL telah menyerahkan sumbangan seperti yang berikut:

·   10 buah bakul makanan dan barangan keperluan harian
·   100 pek makanan Kentucky Fried Chicken (KFC)
·   45 unit kerusi plastik pelbagai guna
·   Wang tunai berjumlah RM6,000

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi HASiL iaitu YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dan YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam selaku Pengarah Negeri Sabah.
 
YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya berkata, HASiL amat komited meneruskan pelbagai usaha bagi menyantuni rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dalam memberikan pelbagai bantuan melalui inisiatif CSR di samping membantu meringankan beban terutamanya golongan asnaf dan masyarakat luar bandar yang memerlukan serta melahirkan warga kerja HASiL yang prihatin.
 
Pelaksanaan serta penganjuran program seperti ini merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan termasuklah kepada masyarakat luar bandar serta golongan asnaf dan ia juga merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat. 

No comments:

Post a Comment