Thursday, February 16, 2023

MIDEA GROUP DIANUGERAHKAN SEBAGAI 50 PERUSAHAAN PERINDUSTRIAN PEMBANGUNAN MAMPAN TERBAIK CHINA FORBES 2022



Table
 
Midea Group Dianugerahkan sebagai 50 Perusahaan Perindustrian Pembangunan Mampan TERBAIK China Forbes 2022 (Grafik: Business Wire)


FOSHAN, China, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada awal tahun ini, Forbes mengeluarkan senarai "50 Perusahaan Perindustrian Pembangunan Mampan Terbaik China Forbes 2022". Midea Group dimasukkan dalam senarai untuk prestasi cemerlang dalam pembuatan hijau, keneutralan karbon, pembangunan mampan dan pembinaan ESG.

Penilaian tertumpu kepada penunjuk khusus lima dimensi, iaitu, "sistem pengurusan, inovasi teknologi, manfaat secara menyeluruh, peruntukan sumber dan demonstrasi & promosi". Syarikat yang terpilih pada tahun ini kesemuanya ialah perusahaan perindustrian yang telah ditubuhkan selama sekurang-kurangnya 10 tahun dan mempunyai hasil tahunan lebih daripada RMB 100 bilion, bersama dengan peningkatan tahun ke tahun dalam pelaburan R&D iaitu kira-kira 50%. Syarikat tersebut juga mempamerkan kelebihan utama berbanding rakan niaga global dan memiliki teknologi canggih yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Sepanjang tempoh 25 tahun ini, Midea telah menghalusi dan menyempurnakan sistem pengurusan pembangunan mampannya, yang mengintegrasikan konsep pembangunan mampan ke dalam hampir setiap langkah pengeluaran dan operasi, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi komitmennya bagi mencipta nilai bersama dengan pihak berkepentingan.

Taman Perindustrian Midea Shunde menggunakan sistem PV teragih, kelengkapan storan tenaga, kelengkapan HVAC berkecekapan tinggi (termasuk unit berbilang sambungan MDV8), lif pintar digital LINVOL, modul pemulihan tenaga dan barisan pengeluaran automatik untuk merealisasikan pejabat hijau dan pengeluaran karbon kos rendah. Usaha Midea telah membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh pensijilan LEED & WELL. Bergantung pada platform digital iBUILDING miliknya, sistem pengurusan karbon dan sistem grid kuasa Taman Perindustrian Midea Shunde diintegrasikan sepenuhnya dan keneutralan karbon juga telah berjaya dicapai di kawasan pejabat.

Pada masa ini, Kilang Chongqing Midea memanfaatkan lebih daripada 15 teknologi hijau dan penjimatan tenaga, 8 aplikasi latar digital, 3 pensijilan dan perundingan hijau, serta menawarkan akses kepada lebih daripada 10 sistem maklumat. Kilang Chongqing telah meningkatkan perkadaran tenaga bersih dan kuasa elektrik hijau dengan ketara melalui pemasangan panel PV bumbung, dinding tirai fotovoltaik dan lampu jalan tenaga suria. Kilang Chongqing Midea juga telah memperoleh sijil neutral karbon PAS2060, menjadi satu daripada kilang perintis sifar karbon pertama Midea.

Berpandukan kepada perundingan karbon paling canggih, Kilang Jingzhou Midea telah membuat laluan sifar karbon yang mengandungi empat peringkat: perancangan & reka bentuk, pembinaan, operasi dan transformasi. Kilang Jingzhou juga telah menerima pakai penyelesaian sifar karbon utama bagi mendapatkan pensijilan hijau dan sifar karbon. Melalui pengoptimuman dan pengurusan tenaga ini, kos operasi dan penyelenggaraan akan dikurangkan sebanyak 30% dan penggunaan kuasa kilang akan menyusut sebanyak 5-20%. Ini ialah usaha pengurangan karbon kilang itu sendiri.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53322876/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Individu untuk Dihubungi
Lori Luo luory17@midea.com


Sumber: Midea Group

No comments:

Post a Comment