Monday, September 4, 2023

EKSPO LED THAILAND - MENGHIMPUNKAN 'KECEKAPAN TENAGA DAN PENDIGITALAN UNTUK PENCAHAYAAN PINTAR'!

 BANGKOK, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran terbesar ASEAN yang memperagakan LED & Penyelesaian Pencahayaan Pintar - Ekspo LED Thailand akan kembali di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT, Bangkok dari 20-22 September 2023. Dianjurkan secara kerjasama oleh MEX Exhibitions dan IMPACT Exhibition Management, acara ini menjanjikan pengalaman yang mengujakan apabila pengunjung ekspo boleh meneroka kemajuan terkini dalam teknologi LED & Pencahayaan Pintar, berhubung dengan peneraju industri dan mendapatkan cerapan berguna tentang masa depan pencahayaan.


Ekspo ini memperagakan lantai pameran yang menyeluruh, dengan Astaka EGAT (EGAT Pavilion) bertujuan mempromosikan pencahayaan LED sebagai penyelesaian utama untuk memenuhi permintaan kuasa yang semakin meningkat, memperagakan inovasi terkini dalam penggunaan dan teknologi pencahayaan pintar yang dipersembahkan oleh 400+ peserta pameran dalam pelbagai bahagian pencahayaan termasuk Pencahayaan Mesra Alam, Pencahayaan Cekap Tenaga, Pencahayaan Penjagaan Kesihatan & Penjagaan Sosial, Pencahayaan Hortikultur, Pencahayaan Berpusatkan Manusia, Pencahayaan Pintar, Pencahayaan Mampan dari Thailand, China, Malaysia, Finland, India, Taiwan dan sebagainya. Pembeli dari seluruh dunia boleh meneroka pelbagai jenis jenama LED terkemuka. Beberapa jenama terkemuka yang akan menyertai Ekspo LED Thailand ini ialah EXELUX (Malaysia), LEDIL OY (Finland), TOYO LED ELECTRONICS LIMITED (Hong Kong), YUS UNITED ENTERPRISES INC., LEDLINK (Taiwan), HORTISPECTRA, LEDESTAR (China), TRANS.AD SOLUTIONS COMPANY LIMITED, RAYLIGHT TECHNOLOGY CO., LTD (Thailand) dan banyak lagi.

Himani Gulati, Pengarah - MEX Exhibitions Pvt. Ltd. berkata, “Pada tahun ini kami menyasar untuk memperagakan sejauh mana teknologi LED berkembang untuk menghadapi cabaran dunia moden, dengan penekanan yang tegas terhadap kelestarian, kecekapan tenaga dan penggunaan pintar."

Sorotan acara termasuk Peraduan Pembentangan Projek Pencahayaan LED Berinovatif, apabila pembeli boleh menyaksikan pameran projek pencahayaan mampan oleh pelajar / kumpulan dari universiti terkemuka di Thailand. Seminar Industri Pencahayaan Pintar Thailand - Maklumat terkini daripada kerajaan dan sektor swasta mengenai projek utama, peluang pasaran dan rancangan hala tuju bandar pintar di Thailand. Acara ini juga menyediakan platform unik untuk memudahkan urus janji perniagaan dan perkongsian dalam kalangan peserta pameran dan pengunjung dengan PROGRAM PEMBELI DIHOSKAN yang memberikan tumpuan kepada pertemuan perniagaan secara bersemuka.

"Kami berbangga untuk menjadi tuan rumah kepada peserta dan pakar dari seluruh dunia. Ekspo LED Thailand berfungsi sebagai jambatan untuk kerjasama antarabangsa, yang menyatukan idea, inovasi dan perkongsian." kata Encik Loy Joon How, Pengurus Besar, IMPACT Exhibition Management Co. Ltd.,"

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Cik Robby Keshan, 011-46464830
 
Sumber: Ekspo LED Thailand

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment