Tuesday, September 5, 2023

"SEOUL, JADIKAN INI MILIK ANDA (SEOUL, MAKE IT YOURS)" EDISI SEOUL 23 OLEH V, ANGGOTA BTS MELANCARKAN KEMPEN GLOBAL

Pertubuhan Pelancongan Seoul telah melancarkan Edisi Seoul 23: Tradisi Baharu (New Tradition), video kempen promosi pelancongan Seoul yang menampilkan V, anggota BTS di TV VisitSeoul, saluran YouTube rasmi untuk pelancongan Seoul. (Grafik: Business Wire)

 SEOUL, Korea Selatan, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan Metropolitan Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul mengumumkan pelancaran Edisi Seoul 23 di seluruh dunia: Tradisi Baharu (New Tradition), video kempen promosi pelancongan Seoul yang menampilkan V, anggota BTS, pada 1 September. Video prapelancaran kempen ini berjaya mendapat sambutan ketara, meraih 400,000 tontonan hanya dalam tempoh seminggu.


Siri kedua kempen, Edisi Seoul 23: Alam Semula Jadi di Bandar (Nature in the City), dijadualkan akan dilancarkan pada 8 September.

Video promosi pelancongan Seoul untuk tahun 2023 yang menampilkan V, anggota BTS dan Duta Pelancongan Kehormat Seoul, sudah dilancarkan di TV VisitSeoul (https://www.youtube.com/VisitSeoulTV), saluran YouTube rasmi untuk pelancongan Seoul yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pelancongan Seoul.

Video penampilan pertama, Tradisi Baharu (New Tradition), memperkenalkan Seoul dan kapasiti lokasi tersebut dengan merangkumi elemen masa lalu dalam zaman moden. Video itu bermula dengan tajuk Edisi Seoul 23, menempatkan V seiring dengan tirai latar Seoul. Video tersebut kemudiannya diteruskan dengan memaparkan sejauh mana tanda dan simbol tradisional bandar itu masih diterapkan dalam kehidupan seharian kami dengan bentuk dimodenkan, seperti fesyen Y2K yang ditemui di Pasar Dongmyo, kafe moden di pasar tradisional dan pameran muka hadapan media di Dataran Gwanghwamun . Video itu diakhiri dengan mesej, Seoul, Jadikan Ini Milik Anda (Seoul, Make It Yours), bertujuan menggalakkan penonton global merebut peluang merasai pengalaman Seoul di sini, pada masa ini.

Video penampilan kedua, Alam Semula Jadi di Bandar (Nature in the City), yang dirancang akan ditayangkan pada 8 September, memaparkan gaya hidup warga Seoul yang menghayati alam semula jadi di kawasan pusat bandar yang amat sibuk.

Selain itu, Acara Hashtag Edisi Seoul akan diadakan selama sebulan pada bulan September di saluran media sosial Visit Seoul. Mereka yang menyiarkan hashtag tertentu bersama foto tempat yang mereka mahu kunjungi, atau syorkan, akan dimasukkan ke dalam cabutan untuk memperoleh peluang memenangi tiket penerbangan pergi balik ke Seoul dan dari bandar tersebut, serta baucar penginapan dua malam di hotel bertaraf lima bintang. Butiran acara boleh didapati di saluran Instagram rasmi Visit Seoul (@visitseoul_official) dan saluran media sosial Visit Seoul yang lain mulai 1 September.

Kempen promosi pelancongan Seoul mempunyai kepentingan yang besar kerana acara ini mempamerkan slogan jenama baharu Kerajaan Metropolitan Seoul iaitu, Seoul, Jiwaku (Seoul, My Soul), di seluruh dunia. Dilabelkan dengan slogan jenama baharu, kandungan kempen akan dilancarkan kepada orang ramai di seluruh dunia menggunakan saluran media luar yang berpengaruh di enam bandar utama, termasuk Times Square di New York City, Tokyo, Shanghai, Bangkok dan Taipei. Semua kandungan yang dipaparkan akan dijajarkan mengikut tema pengambilan swafoto bersama V dengan harapan menjadi viral dalam kalangan peminat dan penonton lain yang berminat dalam komuniti global.

Kempen ini juga akan ditampilkan di seluruh dunia seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan rantau Asia yang lain melalui rangkaian televisyen utama, seperti CNN dan NBC, serta media akhbar, New York Times.

Bukan sahaja mempromosikan Seoul sebagai destinasi pelancongan, Pertubuhan Pelancongan Seoul akan menghantar mesej yang amat positif bertujuan menarik minat pelancong dengan menggambarkan Seoul yang berubah dengan pesat sebagai "item edisi terhad". Kempen ini juga memberikan penekanan terhadap penetapan suasana untuk imej Seoul sebagai bandar yang menghayati trend "retro dimodenkan (newtro)" bersama keupayaan mengharmonikan bandar itu sendiri dengan alam semula jadi di dalam dan di sekitar bandar tersebut.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53547150/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

Kwon Dayoung
kndy@sto.or.kr
 
Sumber: Pertubuhan Pelancongan Seoul

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment