Thursday, September 21, 2023

MARY KAY INC MEMBENTANGKAN PENEMUAN BAHARU TENTANG CAMPURAN ANTIOKSIDAN YANG BOLEH MENGURANGKAN KESAN KETARA PENCEMARAN DAN PENUAAN PADA KULIT

 

“Para saintis Mary Kay telah menghabiskan masa bertahun-tahun meneliti inovasi ramuan terkini yang terbaik untuk mempertahankan kulit daripada radikal bebas dan membantu melambatkan permulaan penuaan kulit pramatang," kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovatif, Produk & Sains di Mary Kay. (Foto: Mary Kay Inc.)

DALLAS, Sept 21 (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Mary Kay Inc., sebuah peneraju global dalam inovasi penjagaan kulit, baru-baru ini mendedahkan penyelidikan yang cemerlang tentang rawatan yang mengurangkan kesan ketara pencemaran dan penuaan pada kulit manusia. Penemuan  yang dikongsi oleh Mary Kay di Mesyuarat Persatuan Dermatologi Penyiasatan Antarabangsa (ISID) yang pertama meningkatkan ketegangan kulit dan mengurangkan garisan halus serta kedutan secara ketara sepanjang kajian dijalankan.

“Saintis Mary Kay telah menghabiskan masa bertahun-tahun meneliti inovasi ramuan terkini yang terbaik untuk mempertahankan kulit daripada radikal bebas dan membantu pengguna melambatkan permulaan penuaan kulit pramatang daripada tekanan persekitaran dan gaya hidup seperti ekzos kereta dan pencemaran udara,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk & Sains di Mary Kay.

Penyelidikan ini juga diterbitkan dalam Jurnal Sains Kosmetik Antarabangsa.

Saintis di Mary Kay telah menyiasat kesan pencemaran udara pada kulit melalui berbilangkerjasama akademik sejak tahun 2016. Usaha terdahulu telah menganalisis tindak balas biokimia sel kulit manusia terhadap pelbagai bentuk pencemaran, termasuk ekzos diesel dan pencemaran udara bandar. Penemuan utama mendedahkan gabungan proprietari antioksidan mengurangkan tindak balas tersebut.

"Tiada keraguan lagi bahawa pencemaran udara menyumbang kepada penuaan kulit,” kata Dr. Jean Krutmann, perintis perubatan alam sekitar, Profesor Dermatologi dan Pengarah IUF – Institut Penyelidikan Leibniz untuk Perubatan Alam Sekitar di Düsseldorf, Jerman. Beliau telah mengetuai penyelidikan untuk menentukan kesan pencemaran udara pada kulit manusia sejak penerbitan kertas kerja utama pada tahun 2010 untuk menunjukkan kesan pendedahan zarah bawaan udara terhadap penuaan kulit.

Penemuan yang dibentangkan di ISID 2023 hanyalah usaha terkini Mary Kay untuk mengukuhkan komitmen lama jenama itu bagi memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam kesihatan dan kecantikan kulit. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global mereka.

Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya. Salah seorang wanita yang mengatasi sekatan kemajuan, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impian beliau  di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan berjuta-juta ahli tenaga jualan bebas di lebih dari 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian yang termaju. Mary Kay percaya kepada pemeliharaan planet kita untuk generasi akan datang, perlindungan wanita yang terjejas oleh kanser dan penderaan domestik serta menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami di Twitter.

Hubungan
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment