Friday, September 15, 2023

HILLSTONE NETWORKS DIAKUI SEBAGAI PENERAJU XDR DALAM LAPORAN FROST RADAR™ 2023

Hillstone Networks dipuji oleh Frost & Sullivan untuk strategi XDR syarikat itu

SANTA CLARA, Calif., 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, peneraju penyedia penyelesaian keselamatan siber, telah dinamakan sebagai peneraju inovasi dan pertumbuhan dalam Laporan Pengesanan dan Respons Lanjutan Frost Radar™ 2023 (2023 Frost Radar™ Extended Detection and Response Report).

Laporan Frost Radar™ 2023 ialah analisis pasaran yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, menilai peserta industri berdasarkan strategi pertumbuhan, inovasi, pengalaman pelanggan dan bahagian pasaran masing-masing. Laporan ini bertujuan membantu organisasi dalam membuat keputusan termaklum apabila memilih penyedia penyelesaian XDR yang andal.

“Kemasukan kami sebagai peneraju dalam Laporan Frost Radar™ 2023 menegaskan dedikasi kami untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang berkesan menentang ancaman digital yang semakin berkembang,” ujar Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan Pengasas Bersama di Hillstone Networks.

“Penyelesaian kami mengintegrasikan pengesanan ancaman, respons kejadian dan keupayaan forensik lanjutan ke dalam platform yang disatukan, memperkasa perniagaan untuk melindungi aset digital masing-masing secara proaktif.”

Menurut Frost & Sullivan, penyelesaian XDR telah menyaksikan perkembangan pesat merentasi geografi, industri dan syarikat dalam pelbagai saiz kerana penyelesaian tersebut menyampaikan kebolehlihatan, integrasi, analisis, fleksibiliti dan automasi yang diperlukan oleh pelanggan dalam persekitaran IT yang kompleks pada hari ini. Frost menyatakan bahawa XDR mempunyai tiga janji teras: pengesanan dan respons berlapis silang, automasi yang bermakna dan integrasi bersama tindanan keselamatan.

"Hillstone Networks menunjukkan komitmen terhadap pendekatan XDR Terbuka, kerana syarikat tersebut melaburkan belanjawan R&D yang besar dalam meningkatkan integrasi pihak ketiga dan menyediakan kit pembangunan perisian (SDK) untuk memudahkan integrasi dengan platform yang disediakan,” ujar Lucas Ferreyra, Penganalisis Industri di Frost & Sullivan. “Hillstone Networks telah membangunkan strategi pertumbuhan yang kukuh, serta memanfaatkan peningkatan perkaitan keselamatan terurus bagi membolehkan MSSP menggunakan penyelesaian XDR, meluaskan jangkauan syarikat sambil menyasarkan sektor pertumbuhan tinggi seperti kerajaan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembuatan. Pemahaman pasaran sedemikian akan membolehkan Hillstone Networks membuka peluang pertumbuhan selanjutnya dalam pasaran XDR yang sangat berdaya saing.” 

No comments:

Post a Comment