Wednesday, September 6, 2023

HYTERA MEMETERAI PERJANJIAN RANGKA KERJA TAHUNAN DENGAN SINOPEC GROUP

SHENZHEN, China, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, telah memenangi bidaan untuk perolehan kelengkapan radio dua hala industri Sinopec Group bagi 2023-2024 pada bulan Ogos 2023. Hytera ialah pemenang tunggal bidaan dan skop perolehan merangkumi rangkaian produk yang pelbagai, termasuk infrastruktur TETRA, PDT dan PoC, serta radio dua hala dan kamera badan (BWC) yang selamat secara intrinsik.

Sebagai kilang penapisan minyak terbesar di dunia dan syarikat bahan kimia kedua terbesar, Sinopec Group telah secara konsisten mengutamakan pembangunan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bidaan ini menyumbang kepada pembelian rangka kerja terpusat pertama Sinopec Group untuk peranti dan sistem radio dua hala. Kerjasama ini menyasar untuk memastikan operasi yang selamat dan cekap di seluruh kilang Sinopec.

“Hytera dengan bangga telah memberikan perkhidmatan kepada banyak pelanggan petrokimia di seluruh dunia, mengutamakan keselamatan tempat kerja melebihi segalanya. Perkongsian ini merupakan satu lagi bukti pengiktirafan industri terhadap produk dan keupayaan Hytera,” kata Mu Qiao, pengurus besar Hytera China, “Sambil melihat ke hadapan, kami berazam untuk terus menyediakan produk dan memperkasa operasi yang selamat, andal dan cekap untuk rangkaian pelanggan yang lebih luas dalam industri tenaga dan petrokimia. Komitmen ini mendorong kami untuk menganjak sempadan inovasi teknologi dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.”
 

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian minyak dan gas Hytera di https://www.hytera.com/en/industries/oil-and-gas.html.

No comments:

Post a Comment