Friday, September 8, 2023

FORUM PANTAI SEDUNIA 2023 AKAN DIADAKAN DI YANCHENG, JIANGSU PADA 25-27 SEPTEMBER


AsiaNet 100311

YANCHENG, China, 8 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Forum Pantai Sedunia 2023 akan diadakan di Yancheng dari 25 hingga 27 September, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform kerjasama global di dalam bidang ekologi pantai dengan haluan yang jelas, penyertaan yang pelbagai, tindakan yang mantap dan produk yang kaya, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Yancheng.

Forum Pantai Sedunia itu lahir daripada Persidangan Antarabangsa Tanah Lembap Laut Kuning (Bo), yang telah diadakan selama empat sesi berturut-turut di Yancheng. Dengan bertemakan "Pantai Kita: Pembangunan Hijau dan Rendah Karbon", persidangan itu akan mengadakan empat forum yang bertema dan lebih daripada 10 seminar khas.

Yancheng mempunyai tanah lembap pantai yang terbesar di pantai barat Lautan Pasifik, tanah lembap pantai yang terbesar di pinggir benua Asia, dan tanah lembap tasik yang luas di kawasan Sungai Lixia. Yancheng mempunyai dua kad perniagaan antarabangsa iaitu "Warisan Semula Jadi Dunia" dan "Bandar raya Tanah Lembap Antarabangsa". Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yancheng telah secara aktif mengamalkan konsep "Perairan yang jernih dan gunung yang subur menghijau adalah aset yang tidak ternilai", menanamkan satu asas ekologi yang kukuh, dan melakarkan sebuah gambaran baharu mengenai kewujudan bersama yang harmoni di antara manusia dan alam semula jadi, menyediakan sebuah Pelan Yancheng yang boleh disalin dan berskala untuk perlindungan dan pemulihan ekologi pantai global. Semasa perlindungan berterusan bagi haiwan dan tumbuhan liar yang jarang ditemui dan terancam di kawasan liar, perlindungan habitat dan pemulihan, Yancheng memerhatikan kejayaan pembiakan semula jadi bagi burung bangau mahkota merah liar selama tujuh tahun berturut-turut. Populasi rusa milu di kawasan perlindungan itu mencecah 7,840 ekor, termasuk 3,356 ekor di kawasan liar.

Yancheng pada masa ini mengambil bahagian secara mendalam di dalam dialog dan kerjasama tadbir urus ekologi antarabangsa, menyokong dan membina sebuah bulatan ekonomi ekologi di sekitar Laut Kuning, dan menjalankan kerjasama yang pragmatik di dalam pembelajaran bersama ekologi dan perintegrasian ekonomi. Daripada membantu di dalam perlindungan burung-burung yang berhijrah, kepada mengadakan Forum Pesisir Sedunia, kepada mempromosikan penggunaan wilayah Laut Kuning (Bo) untuk Warisan Semula Jadi Dunia, dan persediaan untuk penubuhan Perikatan Bandar Raya Tanah Lembap Pantai Sedunia, Yancheng secara aktif membina sebuah platform pertukaran dan kerjasama untuk bandar raya tanah lembap pantai di seluruh dunia, dengan mewujudkan sebuah "persekitaran ekologi" "Kenalan yang Ramai", mengumpulkan kebijaksanaan global, bergabung dengan puisi dan jarak.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Yancheng

No comments:

Post a Comment