Monday, May 8, 2017

EIG MENGUASAI PENUTUPAN AKHIR BAGI DANA HUTANG PERSENDIRIAN GLOBAL

$2.0 bilion dijana di dalam Dana Pinjaman Langsung EIG terbaharu

WASHINGTON, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG Global Energy Partners (EIG) hari ini mengumumkan penutupan akhir yang berjaya bagi Dana Hutang Persendirian Global (GPF IV), satu kesinambungan di dalam platform terkemuka di pasaran oleh firma itu bagi kredit dan pinjaman langsung untuk tenaga dan infrastruktur. Dilancarkan pada Februari 2015, GPF IV memeterai perjanjian pertama pada Oktober 2015 dan setakat ini telah melengkapkan lima pelaburan, termasuk dua pencapaian penuh. Dana yang diperoleh daripada pelabur institusi yang bermastautin di luar Amerika Syarikat mewakili 68% daripada komitmen modal, seterusnya mencerminkan ciri-ciri global bagi perniagaan EIG. Dengan penutupan GPF IV, EIG meneruskan kepakaran unik mereka di dalam pinjaman langsung khusus bagi projek-projek tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga dan syarikat-syarikat mengikut dasar global.

Ketua Pegawai Eksekutif EIG R. Blair Thomas berkata, "Kami gembira dengan kepercayaan rakan kongsi terhad dan rakan perunding terhadap kami dan berterima kasih di atas keyakinan mereka pada penutupan GPF IV. Hasil yang berjaya ini adalah penting terutamanya setelah mengambil kira bahawa penurunan 71% di dalam harga minyak yang berlaku di tengah-tengah pengumpulan dana dan adalah merupakan bukti mengenai kepakaran unik EIG di dalam pinjaman langsung khusus merentasi rantaian nilai tenaga di peringkat global. Dengan platform pengasalan EIG yang mendalam, kami percaya bahawa kami berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang berterusan bagi modal untuk infrastruktur tenaga dan bagi terus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemberi pinjaman tradisional yang beroperasi di bawah kekangan kawal selia. Kami percaya bahawa asas-asas pasaran yang kukuh menggalakkan pelaburan tambahan, dan dengan pasukan kami yang berpengalaman, rekod pencapaian dan platform global yang luas, EIG bersedia untuk mengambil kesempatan daripada pelbagai peluang yang pasaran kami tawarkan pada masa ini."

Ejen penempatan utama EIG bagi GPF IV adalah Credit Suisse dan penasihat undang-undang adalah Debevoise & Plimpton LLP. 

No comments:

Post a Comment