LONDON, 22 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet,
syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal, hari ini
mengumumkan bahawa ia telah memansuhkan yuran penerbangan feri mengikut
jam untuk pelanggan Program VistaJet yang baharu di seluruh dunia.
Sesuatu yang unik dalam industri ini kerana ia terpakai tidak kira
pelanggan itu terbang pergi atau balik dari mana-mana di seluruh dunia.
Langkah itu menandakan komitmen yang besar bagi misi VistaJet untuk
menjadi pengendali pertama yang menawarkan perkhidmatan yang benar-benar
global. Pelanggan mereka kini mempunyai kebebasan sepenuhnya semasa
membuat tempahan, tanpa perlu menanggung beban membayar kadar
penerbangan feri mengikut jam untuk pesawat kembali ke pangkalan atau
kawasan perkhidmatan, dan menikmati harga yang benar-benar telus.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10047
No comments:
Post a Comment