KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ProphetStor Data Services Inc, dengan kerjasama Innovix Distribution telah memperkenalkan ProphetStor DR Prophet Software-Defined Data Protection, sebuah aplikasi anti-perisian tebusan yang membantu perusahaan untuk mengelak daripada menanggung kerugian selama bertahun-tahun. Produk tersebut berupaya untuk mendapatkan semula mana-mana fail, folder, cakera dan seluruh pelayan daripada dirampas atau dicuri dan mengembalikan mereka kepada keadaan asal, kata ProphetStor dalam satu kenyataan hari ini. Pengarah Wilayah Asia Selatan ProphetStor, Simon Ng, berkata bundel penyelesaian anti-perisian tebusan ini agak unik kerana pelanggan boleh mencapai pemulihan pelayan sepenuhnya sehingga gambaran terakhir yang disimpan dalam masa hanya beberapa minit. Inovasi ini dijana oleh sistem berkos efektif, pelayan Hewlett Packard Enterprise yang membolehkan pelanggan yang mementingkan kos untuk meraih faedah daripada bundel penyelesaian, satu dalam semua . "Pakej penyelesaian yang inovatif ini direka bagi perusahaan kecil dan sederhana dalam penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, hospitaliti dan industri pembuatan, lokasi titik penjualan, pergudangan, inventori, kewangan dan sistem," kata Ng dan menambah pakej produk akan diedarkan oleh Innovix dan kini boleh didapati secara komersial kepada pengguna. ProphetStor Inc Data Services Inc yang beribu pejabat di Milpitas, California, ditubuhkan pada 2012 oleh pakar-pakar storan dengan pengalaman yang amat luas dalam platform pengkomputeran awan, penyimpanan rangkaian berasaskan perisian, perkhidmatan data, kesinambungan perniagaan dan pemulihan daripada bencana. Sementara itu, Innovix Distribution, merupakan anggota Jardine Matheson Group yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan merupakan salah satu pengedar teknologi yang terkemuka di Asia sejak 60 tahun lepas. -- BERNAMA
Monday, May 29, 2017
PROPHETSTOR DAN INNOVIX PERKENALKAN PENYELESAIAN ANTI-PERISIAN TEBUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment