MONTE CARLO, Monaco, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Monaco Investment Corporation (MIC) telah diumumkan dengan sokongan
Yang Teramat Mulia Putera Albert II dari Monaco untuk mengetuai sebuah
program pelaburan langsung yang tertumpu kepada memperoleh kedudukan
kepentingan di dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia. Perbadanan itu
diuruskan oleh Scepter Partners, sebuah sindiket pelaburan dan bank
saudagar yang diasaskan oleh pembiaya Rayo Withanage dan dipimpin oleh
sebuah Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada tokoh veteran industri
termasuk Brady Dougan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse,
William Doyle, bekas Ketua Pegawai Eksekutif PotashCorp di Saskatchewan
dan Bob Diamond, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Atlas Merchant
Capital dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Barclays. Perbadanan pelaburan
langsung berdaulat yang baharu itu memberi tumpuan kepada memberi
khidmat kepada pelabur terpilih yang dijemput oleh Scepter dan Kerajaan
Diraja Monaco. MIC akan pada mulanya mengetuai satu program pelaburan di
dalam institusi kewangan dan sumber semula jadi dengan pengembangan ke
dalam sektor lain apabila keupayaan pelaburan diperolehi.
Yang
Teramat Mulia Putera Albert II dari Monaco mengulas: "Monaco Investment
Corporation akan mengubah cara kekayaan negara dan pelabur persendirian
melibatkan diri dengan pelaburan bermodal besar di peringkat global.
Pengasas Scepter dan saya sendiri telah mengesahkan komitmen kami untuk
menyokong institusi ini dan kami secara proaktif akan menggunakan modal
dan hubungan kami untuk kejayaannya. Kami yakin di dalam inisiatif
kewangan dan kepimpinan mantap Scepter dan kami yakin bahawa MIC akan
berkembang menjadi sebuah institusi yang boleh menjadi kebanggaan kami
semua."
Scepter telah ditubuhkan oleh ahli-ahli keluarga
pemerintah yang berpangkalan di Asia & negara Teluk yang
mengumpulkan sebuah sindiket yang utama yang terdiri daripada
pelabur-pelabur berdaulat dengan aset budi bicara di sekitar $14 bilion
daripada pemegang amanah harta Scepter. Yang Amat Mulia Putera Abdul Ali
Yil Kabier, seorang Putera dari Brunei dan pengasas bersama Scepter
menegaskan: "Duli-duli Yang Amat Mulia dan saya secara kolektif komited
untuk menyokong Monaco menjadi sebuah pemain utama di dalam pelaburan
langsung global dan membina nilai bagi pihak-pihak yang berkepentingan
melalui kanta pembangunan mapan. Kami mempunyai keyakinan mutlak di
dalam kepimpinan Scepter dan menyokong wawasan pembangunan Yang Teramat
Mulia Putera Albert II dari Monaco. "
Encik Withanage, Pengerusi
Eksekutif bagi Scepter berkata, "Kami berdedikasi untuk membina dengan
teliti MIC agar menjadi sebuah perbadanan berorientasikan global yang
menggabungkan pelabur dan pengendali bertaraf dunia untuk membangunkan
syarikat-syarikat yang stabil dan kuat." Perbadanan itu akan menjadi
sebuah pemacu pelaburan supranasional, yang dibuka secara eksklusif
kepada pelabur institusi dan pelabur berdaulat. Pada tahun pertamanya,
bagaimanapun, perbadanan itu boleh mengundang keluarga Forbes 500 yang
terpilih yang merupakan penduduk atau rakan-rakan Monaco.
Keluarga-keluarga ini dipilih mengikut kedudukan geografi dan tumpuan
industri sebagai pelabur pengasas di dalam perbadanan itu dan pemilik
sebahagian bagi syarikat pengurusan itu. Encik Mark Thomas, Naib
Pengerusi bagi The Sovereign Trust, pemegang saham terbesar Scepter
berkata: "MIC adalah kali pertama sebuah struktur pelaburan langsung
berdaulat yang menggabungkan modal jangka panjang yang signifikan dengan
beberapa pelabur individu yang paling berjaya di dunia. MIC wujud untuk
bekerjasama dengan satu daripada aset yang paling menarik di Monaco,
rakan-rakannya dan penduduknya."
MIC akan di peringkat awal
mengambil kesempatan ke atas pertemuan unik bagi kepakaran operasi di
dalam perkhidmatan kewangan dan sumber semula jadi. Kepimpinan akan
menumpukan tenaga mereka terutamanya dalam tempoh beberapa bulan akan
datang ke atas pelaburan awal MIC dan juga menentukan pelantikan
pengurus-pengurus pelaburan dalaman dan institusi kewangan yang akan
berkhidmat dengan perbadanan itu. MIC berada pada kedudukan yang baik
untuk bekerja secara eksklusif dengan institusi-institusi kewangan
global yang komited dengan aktiviti-aktiviti di Monaco dan untuk
menyerap pengurus-pengurus pelaburan yang ingin berpindah ke platform
modal yang tetap. Scepter sedang menggerakkan kepimpinannya ke Monaco,
di mana ia mewujudkan ibu pejabat globalnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.scepterpartners.com.
Hubungi
Hill+Knowlton Strategies
Christopher Winans, 1-212-885-0381
chris.winans@hkstrategies.com
Sumber: Scepter Partners
No comments:
Post a Comment