MELAKA, 12 Mei (Bernama) --
Karier sebagai seorang anak kapal atau pramugara dan pramugari serta
ejen perkhidmatan pelanggan untuk syarikat penerbangan adalah salah satu
kerjaya yang amat diminati.
Menyedari peluang kerjaya itu, KAYM
melalui anak syarikatnya KYM Stes menawarkan kursus Kru Kabin untuk
memberi lebih pengetahuan kepada mereka yang meminati kerjaya ini.
Ketua
Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Datuk Saroni Judi,
berkata prospek kerjaya sebagai kru kabin dilihat berpotensi tinggi
walaupun krisis ekonomi dunia menjejaskan industri penerbangan dunia.
Pertambahan
laluan baharu dan peningkatan jumlah penumpang yang dialami syarikat
penerbangan besar, terutama syarikat penerbangan tambang murah
mengukuhkan lagi masa hadapan kerjaya berkenaan.
Beliau berkata,
perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah yang semakin mendapat
tempat di hati pengguna melonjakkan lagi permintaan terhadap kerjaya
itu.
Bukan sahaja mereka mempunyai imej glamor, mereka juga
adalah penjenamaan untuk syarikat mereka. Mereka adalah golongan
profesional di dalam bidang perkhidmatan pelanggan industri pelancongan
global, yang paling aktif di dunia.
Tenaga pengajar mahir
"Program
latihan yang kini disertai lebih 100 orang pelajar itu memberi peluang
kepada mereka untuk mendalami kerjaya kru kabin selain mendedahkan
mereka dalam industri perkhidmatan penerbangan.
"Dengan
kepakaran tenaga pengajar yang ada, kami di KAYM yakin akan keberkesanan
input yang diperoleh pelajar, seterusnya melahirkan kru kabin siap
bersedia untuk berkhidmat," katanya.
Dengan tenaga pengajar
berpengalaman, kepakaran mereka digunakan untuk membangunkan program
persediaan anak-anak kapal dan perkhidmatan pelanggan yang memberi
pengetahuan kepada mereka yang berminat dalam kerjaya perkhidmatan
pelanggan, pramugara pramugari di dalam industri penerbangan.
Peter
Lam atau lebih dikenali sebagai Mr Peter mempunyai pengalaman lebih 30
tahun berkhidmat sebagai pramugara untuk syarikat penerbangan Malaysia.
Kepakaran
sebagai ‘trainer/instructor cabin crew’ selama lebih 30 tahun, beliau
telah melatih ramai bakal bakal pramugara pramugari serta ejen
perkhidmatan pelanggan sehingga berjaya.
Bagi meningkatkan
kemampuan pelajar, pelbagai program kerjasama dan lawatan turut diadakan
termasuk berkunjung ke Malaysia Airlines Academy di Kelana Jaya,
Selangor untuk membolehkan pelajar melihat sendiri latihan yang diadakan
di akademi berkenaan.
Datuk Saroni berkata, pelajar akan
menamatkan program latihan berkenaan setelah mengikuti kursus selama 117
jam iaitu selama tiga bulan.
Sumber : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No comments:
Post a Comment