Monday, May 29, 2017

TOSHIBA UMUMKAN NVME™ SSD MENGGUNAKAN 64 LAPISAN, MEMORI 3D FLASH

Lancar barisan XG5 bagi pelanggan SSD dengan keupayaan sehingga 1024GB[1] dalam faktor bentuk sebelah yang nipis


TOKYO, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Toshiba) hari ini melancarkan siri XG5, satu barisan baharu SSD NVM ExpressTM (NVMeTM) yang mengintegrasikan 64 lapisan, memori 3D flash, dengan keupayaan maksimum 1024GB di dalam satu faktor bentuk sebelah yang nipis. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini di dalam kuantiti yang terhad, dan Toshiba akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran dari suku tahun kalendar ketiga pada tahun ini.

SSD baharu itu dilengkapi dengan 64 lapisan terbaharu Toshiba, 3-bit bagi setiap sel TLC (sel tiga peringkat) BiCS FLASHTM, menggunakan ciri-ciri PCI Express® (PCIe®) Gen3 x 4 lorong dan cache SLC untuk menyampaikan 3000 MB bacaan[2] berurutan dan 2100 MB tulis[2] berurutan. Mereka juga lebih efisien daripada produk[3] Toshiba yang sedia ada dan mengurangkan penggunaan kuasa mod siap sedia sebanyak lebih 50%, kepada kurang daripada 3mW [4].

SSD itu boleh diperolehi dalam tiga kapasiti, 256GB, 512GB dan 1024GB, di dalam faktor bentuk sebelah M.2 2280[5] . Model[6] pemacu  penyulitan kendiri itu yang menyokong TCG Opal Versi 2.01 akan juga ditawarkan, sekali gus membuatkan siri XG5 itu sangat sesuai kepada pelbagai aplikasi termasuk PC ultra mudah alih yang mengutamakan prestasi dan perniagaan aplikasi yang memerlukan ciri-ciri keselamatan.

SSD siri XG5 itu akan dipamerkan pada COMPUTEX TAIPEI di Taipei, Taiwan, dari 30 Mei hingga 3 Jun.

Toshiba akan terus mengukuhkan penyelesaian storan SSD mereka yang menggunakan teknologi memori flash yang serba canggih untuk memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

* PCI EXPRESS dan PCIe adalah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* NVMe dan NVM Express adalah tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Nota
[1] Definisi bagi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu gigabit (GB) sebagai 1,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 bagi pentakrifan 1GB = 230 bait = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang berkurangan. Kapasiti penyimpanan yang sedia ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti berformat yang sebenar mungkin berbeza.
[2] Kajian Toshiba berdasarkan kepada bacaan berurutan dan kelajuan tulis bagi 128KiB unit, yang menggunakan model 1024GB di dalam siri XG5 di bawah keadaan ujian Toshiba. Kelajuan bacaan dan tulis mungkin berbeza, bergantung kepada peranti hos, keadaan bacaan dan tulis, dan saiz fail. Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) bermakna 210  bait, atau 1,024 bait.
[3] Siri XG3
[4]Kajian Toshiba di bawah syarat-syarat ujian bagi keadaan pengurusan kuasa pautan 1.2 di dalam keadaan kuasa yang tidak beroperasi.
[5] M.2 2280-S2
[6] Ketersediaan bagi barisan model SED mungkin berbeza mengikut wilayah.

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Jualan & Pemasaran SSD
+81-3-3457-3432
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51566090&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Memory Corporation

No comments:

Post a Comment