Friday, May 19, 2017

NTT COM LANCAR PUSAT DATA MUNICH 2 DI JERMAN

TOKYO, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO:9432), hari ini mengumumkan bahawa "Pusat Data Munich 2 Jerman" (Munich 2) telah dibuka, berkuatkuasa serta merta, di Unterschleißheim, sebuah pinggir bandar di Munich, Jerman yang terletak 16km dari pusat bandar raya. Kemudahan itu berada di bawah pengurusan e-shelter, sebuah syarikat NTT Com dan operator pusat data dan pembekal perkhidmatan yang terkemuka di Eropah.
 
Munich 2 setinggi dua tingkat itu di peringkat awal menawarkan 2,800 meter persegi ruang server, bersamaan dengan 1,100 rak, yang dijangka berkembang kepada 5,600 meter persegi. Kemudahan itu beroperasi di bawah jenama Nexcenter™ NTT Com, yang merangkumi perkhidmatan pusat data 24/7 di lebih 140 pangkalan di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10043

No comments:

Post a Comment