MELBOURNE, Australia, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WEX Card Australia Pty Ltd, sebuah anak syarikat milik WEX Inc.
(NYSE: WEX), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran
korporat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani dua
perjanjian penting dengan Chevron International Pte. Ltd.
Chevron,
sebuah syarikat tenaga bersepadu yang terkemuka di dunia, telah memilih
WEX untuk membangun, menyokong dan menguruskan sebuah platform
pemprosesan kad bahan api untuk Chevron di lima buah negara iaitu,
Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Filipina. Asas kedua di
dalam perjanjian itu termasuk satu perjanjian untuk memproses kad bahan
api Chevron untuk tempoh 10 tahun akan datang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10033
No comments:
Post a Comment