Sunday, May 21, 2017

SMK Saujana Impian, SMK Dato Harun tentukan kejuaraan

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian dan SMK Dato Harun bakal membuat perseteruan terakhir bagi memburu gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), malam ini.

Pada aksi separuh akhir, SMK Dato Harun menyingkirkan cabaran juara bertahan, SMK Tinggi Kajang dengan kemenangan tipis 1-0, manakala pada saingan satu lagi, SMK Saujana Impian menumpaskan SMK Bukit Rahman Putra menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 masa sebenar.

Kejohanan yang membuka tirai, pada 2 Mei lalu menyaksikan 32 pasukan bawah 18 tahun dari seluruh Selangor berentap merebut kejuaraan.

Kejohanan edisi keempat itu masih mengekalkan penglibatan sekolah seluruh negeri yang dipilih menerusi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

Sebelum ini, pengerusi kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, acara itu bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu pemain bola sepak remaja untuk diketengahkan sebagai pemain negeri seterusnya mengembalikan kegemilangan pasukan Selangor dan Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/sukan/smk-saujana-impian-smk-dato-harun-tentukan-kejuaraan-1.677705

No comments:

Post a Comment