KUALA LUMPUR 26 Mei – Sebanyak 620 kakitangan dan pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bandar Sri Putra, Bangi dekat sini hari ini melafazkan ikrar bebas rasuah sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di Selangor berbuat demikian.
Majlis tersebut diketuai Rektor KUIS, Profesor Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.
Wan Ramli berkata, pihaknya memuji usaha KUIS itu kerana sebagai pusat pembentukan sumber manusia berlandaskan Islam, langkah sedemikian dapat membantu mengurangkan gejala rasuah dalam masyarakat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kuis-ipts-pertama-ikrar-bebas-rasuah-1.486692#ixzz4jNbi0sF3
No comments:
Post a Comment