Wednesday, March 4, 2020

KOD QR KESIHATAN DI HANGZHOU CHINA MENGHASILKAN TENAGA KEPADA PENYAMBUNGAN SEMULA KERJA YANG TERATUR, SELAMAT

HANGZHOU, China, 3 Mac, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Hangzhou telah melancarkan satu sistem kod QR kesihatan pada 9 Feb sebagai satu “surat kebenaran trafik” serantau untuk memastikan aliran penduduk secara teratur semasa sesuatu wabak. Amalan pintar itu semakin popular di seluruh negara itu dengan lebih dari 200 bandar raya menggalakkan sistem kod QR kesihatan itu.

Menurut Kerajaan Perbandaran Hangzhou, kod QR kesihatan itu adalah usaha digital terbaharu bagi bandar raya itu dalam memerangi wabak itu. Berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan, penduduk perlu mengisytiharkan keadaan mereka secara dalam talian melalui platform pihak ketiga dan aplikasi perkhidmatan kerajaan. Seterusnya, mereka akan diberikan kod yang ditandakan dengan warna hijau, kuning atau merah berdasarkan kepada maklumat yang mereka berikan. Hanya penduduk yang mempunyai kod hijau dibenarkan untuk bergerak secara bebas di sekitar bandar raya itu. Mereka yang mempunyai kod kuning dan merah mestilah dikuarantin untuk tempoh beberapa hari tertentu. Pemegang kod kuning dan merah diperlukan untuk log masuk pada setiap hari semasa tempoh kuarantin sebelum kod mereka boleh ditukar kepada hijau.

Kod QR kesihatan seperti itu membantu meredakan kebimbangan orang ramai terhadap perjalanan dan bertindak sebagai satu jaminan yang boleh dipercayai untuk kesihatan penduduk semasa dalam perjalanan.

“Secara asasnya, kod QR kesihatan adalah satu cara yang paling penting dari kawalan tertutup kepada pengurusan yang tepat dan pintar dalam pencegahan dan kawalan wabak itu. Ia juga merupakan satu alat intelektual yang sangat penting untuk memudahkan penyambungan semula kerja dan pengeluaran,” kata Yu Jianxing, profesor dan dekan bagi Sekolah Pentadbiran Awam di Universiti Zhejiang.

Kod QR kesihatan itu boleh digunakan di dalam pengeluaran dan kehidupan harian sebaik sahaja diisytiharkan, sekali gus membolehkan pencegahan dan kawalan wabak secara saintifik, tepat dan cekap serta penyambungan semula kerja dan pengeluaran yang selamat untuk perusahaan.

Lisa dari Belgium adalah seorang guru bahasa Inggeris dan akan bekerja di hab ekonomi di Wilayah Zhejiang di timur China pada tahun ini. Lisa tiba di Beijing tiga minggu yang lalu, tetapi perjalanan beliau ke Zhejiang telah ditangguhkan disebabkan oleh wabak novel koronavirus. Lisa datang ke Zhejiang pada 24 Februari, dan setibanya beliau di Stesen Kereta Api Hangzhou Timur, beliau telah memohon sebuah kod QR kesihatan hijau di bawah bimbingan kakitangan di tempat itu. “Saya akan bertemu seorang rakan di hotel dan kemudian pergi ke sekolah,” kata beliau mengenai pelan perjalanan melalui platform digital itu. Lisa sangat gembira untuk memohon kod QR hijau, yang berfungsi sebagai sebuah bukti tepat masa tentang keadaan kesihatan beliau. Beliau berharap bahawa wabak itu akan berakhir secepat mungkin agar sekolah itu dapat menyambung semula kelas pada Mac.

Di Hangzhou, orang yang kembali ke tempat kerja adalah tertakluk kepada pengurusan dan kawalan wabak yang diklasifikasi dan disasarkan, yang memendekkan prosedur kelulusan bagi perusahaan dan mengelakkan daripada kesulitan yang dibawa oleh langkah-langkah “satu saiz sesuai untuk semua”. Oleh itu, kelajuan bagi penyambungan semula kerja bagi perusahaan telah dipercepatkan dengan ketara. Data menunjukkan bahawa kira-kira 94.9 peratus daripada perusahaan di bandar raya itu berada dalam operasi biasa, dengan 85.9 peratus pekerja mereka telah kembali bekerja pada pukul 6 petang pada 25 Februari.

Pada 10 Februari, perusahaan sutera yang terkenal di China Kumpulan Wensli telah secara rasminya diluluskan untuk menyambung semula kerja. Ia adalah tindakan yang standard bagi semua pekerja yang kembali bekerja untuk menunjukkan kod QR kesihatan hijau mereka, mengambil suhu dan menyatakan keadaan kesihatan mereka secara dalam talian setiap hari. Kira-kira 90 peratus daripada pekerja firma yang berpangkalan di Zhejiang itu telah kembali bekerja, dengan lebih daripada 1,000 orang pekerja mempunyai kod QR kesihatan hijau.

Sebagai satu langkah pengurusan penilaian kesihatan digital yang diberi kuasa oleh data besar, kod QR kesihatan adalah satu permit yang berkesan untuk perjalanan peribadi yang selamat dan sebuah alat saintifik untuk memperkasakan pencegahan dan kawalan wabak serta pembangunan ekonomi. Tujuannya adalah untuk membuat pengeluaran dan kehidupan seharian disambung semula sebanyak mungkin dan dalam satu cara yang teratur dan pada masa yang sama memastikan pencegahan dan kawalan wabak yang berkesan, menurut seorang pegawai tempatan.

Sumber: Kerajaan Perbandaran Hangzhou

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment