Tuesday, March 10, 2020

SHANE GONG MENYERTAI EVERCORE SEBAGAI PENGARAH URUSAN DALAM KUMPULAN PENASIHAT MODAL PERSENDIRIAN FIRMA ITU

SINGAPURA, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Evercore (NYSE: EVR) hari ini mengumumkan bahawa Shane Gong telah menyertai kumpulan Penasihat Modal Persendirian Firma itu (“PCA”) sebagai seorang Pengarah Urusan. Encik Gong akan berpusat di Singapura dan mengetuai perniagaan PCA Firma itu merentasi rantau Asia Pasifik, dengan memberi tumpuan kepada pelabur institusi dan penaja dana.

Encik Gong mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang ekuiti persendirian dan perbankan pelaburan merentasi Asia Pasifik, yang terbaharu sebagai Pengarah Eksekutif dan ketua CPE Capital (dahulunya CHAMP Private Equity) bagi pejabat Singapura di mana beliau bertanggungjawab bagi pertumbuhan langsung serantau dan pelaburan beli habis, hubungan pelabur dan pengumpulan dana. Sebelum ke CPE Capital, Encik Gong bekerja di N.M. Rothschild & Sons sebagai ketua bagi M&A Sektor Pengguna Asia, dan di Macquarie Group.

Encik Gong berkata, “Saya sangat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk memimpin perniagaan PCA Evercore di Asia. Evercore adalah sebuah perintis di dalam pasaran sekunder ekuiti persendirian dan telah memberi nasihat terhadap urus janji LP dan GP berprofil paling tinggi di Amerika Utara dan Eropah. Asia mengalami peningkatan permintaan daripada pelabur ekuiti persendirian serantau untuk penyelesaian kecairan pasaran sekunder dan saya sangat teruja dengan peluang untuk membina kedudukan cemerlang Evercore.”

Keith Magnus, Pengerusi bersama bagi perniagaan Evercore di Asia dan ahli bagi jawatankuasa pengurusan global Firma itu, menambah, “Kami gembira untuk mengalu-alukan Shane ke pejabat Singapura. Evercore telah membina sebuah perniagaan M&A yang terkemuka di pasaran di rantau itu dan adalah komited untuk meningkatkan kehadiran kami di Singapura. Kami mengalu-alukan keupayaan tambahan yang diberikan oleh perniagaan PCA itu.”

Nigel Dawn, Ketua bagi PCA, mengulas, “Kami gembira untuk mengalu-alukan Shane ke Evercore bagi menerajui perniagaan PCA Evercore di Asia. Kami tidak sabar-sabar untuk membina francais Asia sedia ada kami yang kukuh untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pelabur institusi dan penaja dana yang berpusat di Asia.”

Encik Gong memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dari University of Melbourne.

Maklumat mengenai Evercore

Evercore (NYSE: EVR) adalah sebuah firma penasihat perbankan pelaburan persendirian global yang terkemuka. Kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mencapai hasil keputusan yang lebih baik melalui nasihat bebas dan berinovatif yang dipercayai mengenai perkara-perkara penting yang strategik kepada lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan pemegang saham, termasuk penggabungan dan pengambilalihan, nasihat pemegang saham yang strategik, penyusunan semula dan struktur modal. Evercore juga membantu pelanggan di dalam meningkatkan modal awam dan swasta dan menyampaikan penyelidikan ekuiti dan penjualan ekuiti dan pelaksanaan perdagangan agensi, selain menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan dan pelaburan kepada pelabur nilai bersih yang tinggi dan pelabur institusi. Ditubuhkan pada tahun 1995, Firma itu beribu pejabat di New York dan mengekalkan pejabat dan pejabat gabungan di pusat-pusat kewangan utama di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.evercore.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13157

No comments:

Post a Comment